Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< July 2013 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Wednesday, July 10, 2013
Mencari Jodoh XVIII

 
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam, khanya pelawat blog yang beragama Islam.

Saya masa untuk menulis walaupun ibadat berpuasa sudah bermula. Pada pendapat saya menulis di blog adalah satu jalan alternatif bagi menjalankan dakwah asalkan isinya mengandungi ilmu yang bermanfaat. Perbincangan tentang mencari jodoh yang berpandukan ajaran Islam adalah juga suatu bentuk perkongsian maklumat yang bermanfaat.  Pembaca pula hendaklah berniat untuk mencari keredaan Allah. Menyampaikan sesuatu yang baik yang seseorang itu mengetahui ad;ah suatu yang dituntut, terutama jika ada sandaran ayat Al-Quran dan hadith Nabi SAW yang memberikan kekuatan kepada maklumat yang hendak disampaikan itu.

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat [walaupun sepotong ayat]..... (sampai hujung hadith)” (Hadith Riwayat Bukhari, At-Tarmizi, Ahmad)

Maka dengan itu saya teruskan perbincangan yang merupakan sambungan kepada posting yang lalu.  Saya sebutkan tiga golongan lelaki yang boleh mengurangkan calon suami, iaitu lelaki yang berminat kepada perangai kewanitaan, kedua, lelaki yang lambat berkahwin dan ketiga, lelaki yang menyia-nyiakan hidup mereka. Itulah yang telah ditinggalkan tanpa dibicarakan pada posting sebelum ini.

Golongan kedua ini tidaklah banyak, tetapi yang menjadi penting apabila umur perkahwinan semakin meningkat.  Rata-rata umur berkahwin lelaki adalah dalam lingkungan umur 27-30 tahun.  Terdapat  di anata mereka yang belum berkahwin walaupun umur melewati 40 tahun. Dengan peningkatan umur ini orang perempuan turut meningkat umur perkahwinan mereka.  Orang perempuan tidak dapat berkahwing jika tidak ada lelaki yang hendak berkahwin. Lainlah ada segolongan mereka yang memilih jalan kaum Nabi Lot, na'uzubillah.  Dosa besar. Baik lelaki maupun perempuan hindarilah ia.

Tentang orang lelaki yang lambat berkahwin, apa sebabnya?Ada tak anda tahu orang lelaki yang masih brgelar eligeble bachelor pada umur melangkari 35 tahun?  Jika anda tahu, pernah tak anda bertanya kenapa dia lambat berkahwin? Jika tidak bertanya secara terus, pernah tak anda mengambil tahu secara sembunyi-sembunyi?  Saya rasa jika anda seorang lelaki dan dalam masa yang sama seorang kawan baik kepadanya, tentu anda berupaya untuk bertanya tanpa sembunyi. Kalau boleh anda 'offer' untuk menolong mencarikan jodoh untuk dia.  Kalu anda ada adik perempuan yang eligeble cubalah usulkan sesuatu. Boleh?

Tetapi sebelum anda berbuat begitu anda mesti tahu dulu kenapa dia belum mahu berkahwin.  Ada dua posting yang membrikan sebab-seba orang lelaki lambat atu tidak mahu berkahwin, iaitu:

1.  20 Sebab Mengapa Lelaki Lambat Kahwin

http://dafrozzo.wordpress.com/d-rtk3l/20-sebab-mengapa-lelaki-lambat-kahwin/

2.  Punca Lelaki Jadi Bujang Terlajak

http://azfar9897.blogspot.com/2013/03/punca-lelaki-jadi-bujang-terlajak.html

Walau apapun sebabnya seseorang perlu menyediakan diri untuk berkahwin. Mungkin seseorang itu  terlalu sebok dnegan kerja sampai tiada masa untuk memikirkan diri sendiri, apatah lagi nak memikirkan tentang hendalk berkahwin. Beril tahulah pada dia bahawa berkahwin itu adalah sunah Nabi SAW. Di samping itu berkahwin itu  mengelakkan daripada berbuat dosa dalam bentuk hubungan lelaki dan perempun yang tidak diredai oleh Allah.  Renungkanlah hadith yang berikut:

“Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang mampu memikul beban tugas keluarga hendaklah kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih dapat meredamkan gejolak mata dan nafsu syahwat, tapi sesiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) benteng (penjagaan) baginya”. (Hadith RiwayatAl-Bukhari)

Semoga usaha anda menarik minat anak-anak bujang yang sudah lama mencapai umur berkahwin untuk menghabiskan tempoh bujangnya berjaya. Maka anda telah berjaya membina masjid tanpa mengeluarkan kos yang banyak. 

Sebelum terlupa saya ingin menyarankan kepada pada ibubapa agar tidak meletakkan hantaran yang tinggi bagi anak-anak mereka. mJangan kerana anak tuan-tuan puan-puan itu berkelulusan universiti, malah master dan Phd  tuan-tuan puan meletakan hantaran sampai 20K.  Saya tahu ada ibu bapa yang minta hanya sekitar 8K walaupun anak-anak mereka itu doktor-doktor perubatan.  Anihnya ada ibu-bapa yang meminta hantaran melebihi 10K walaupun anaknya hanya seorang kerani. Jika kurang kewangan, scale down kos dan jemputan. Ynag penting anak-anak dapat mendirikan rumah tangga dan menjauhi maksiat.  Yakinlah, bahawa kebanyakan anak-anak muda tidak rasa malu dengan hantaran yang kurang dan kenduri yang sederhana, tetapi mereka lebih malu jika membujang terus-menerus (semoga dilindungai oleh Allah daripada terjadi).

Doa saya semoga setiap insan dapat jodohnya dan membina rumahtangga yang aman sejahtera penuh sakinah.

Wallahu 'aalam.



Posted at 11:45 am by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry