Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< March 2013 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Wednesday, March 20, 2013
Mencari Jodoh XV


Dalam entri Mencari jodoh yang lalu (XIV), ada dua persoalan  yang telah dikemukakan, iaitu:

Pertama ialah tentang pendapat anda tentang apa yang sepatutnya  dilakukan oleh isteri pertama dan kedua dalam cerita yang telah dipaparkan? Apa pula yang patut dilakukan oleh suami?  

Persoalan kedua ialah tetang tindakan seseorang perempuan yang sedang membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perancangan menjadi isteri kedua. Patutkah atau tidak perempuan yang mencintai lelaki yang sudah beristeri itu meneruskan perancangan sehingga kejinjang pelamin? 

Sebab kedua-dua persoalan adalah sangat rumit dan sensitif,  saya rasa ramai orang yang kurang minat untuk memberi pandangan sendiri, tetapi sangat berminat untuk mendengar pendapat orang lain. Saya rasa ada segelintir daripada pembaca yang sangat menunggu cetusan perasaan daripada orang lain, disebabkan mereka itu terperangkap dalam keadaan demikian. 

Beginilah, hidup di dunia ini tidak terlepas dari  perselisihan yang berbagai rupa kerana manusia sentiasa memikirkan tentang hak masing-masing. Memang dari segi hak, tidak dinafikan bahawa seseorang itu boleh berada di sebelah yang benar. Tetapi dengan bertegas dalam soal hak inilah menyebabkan ketegangan antara suami dan isteri dan tambah lagi antara isteri-isteri dalam keluarga berpoligami. Bagi contoh yang diberikan dalam entri yang lepas itu, apa salahnya jika isteri pertama itu membenarkan isteri pertama itu menghantar anak kandungnya itu kembali ke asrama  sekolah. Tidakkah isteri pertama terfikir, satu hari nanti dia juga perlu 'meminjam' suami dari isteri pertama untuk menghantar anaknya ke hospital, sebagai contoh. Tergamakkah isteri kedua itu menggunakan 'kuasa pujukan' supaya suaminya bertindak menukar giliran isteri pertama bagi tujuan tersebut? 

Dalam banyak hal suami sangat penting dalam menegakkan keadilan dalam keluarga berpoligami. Bahkan suami berperanan penting dalam usaha menjadikan hubungan antara isteri-isteri saling bantu membantu dan bertolak ansur. Jika perasaan simpati dan bertimbang rasa boleh dipupuk dari awal, insya Allah, budaya bertolak-ansur itu dapat dipraktikkan dengan lebih mudah. Seterusnya keadilan, isitu wujud layanan saksama terhadap isteri-isteri, dapat ditegakkan tanpa banyak masalah. Kegagalan suami memberikan layanan saksama akan menimbulkan keadaan ketidakadilan terhadap salah seorang isteri. 

Sudah menjadi adat manusia menyayangi yang muda lebih daripada  yang tua. Tetapi Allah terlah memberikan peringatan seprti yang berikut:

"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".  (An-Nisaa' 4:129) 

Untuk satu contoh lagi, kita andaikan ada seorang isteri yang bekerja berkeras tidak mahu membantu suami dalam membayar gaji pembantu rumah atas dasar semua perbelanjaan rumah tangga patut ditanggung oleh suami. Keengganan isteri dalam membantu boleh menyebabkan ketegangan hubungan suami-isteri.  Suami akan mengalami tekanan (stres) untuk mendapatkan wang bagi tujuan tersebut. Untuk menenangkan hati mungkin dia menceritakan masalahnya pada kawan sepejabat. Tindakannya ini mungkin akan membuahkan perkara yang lain yang tidak diingini. Untuk membalas soal hak, suami mungkin menyuruh isterinya berhenti kerja untuk menjaga anak-anak di rumah. Jika isteri enggan, maka isteri akan berdosa dan juga menyebabkan rumah-tangga lagi tegang. Suami ada hak untuk membenarkan isteri bekerja atau menyuruh isteri berhenti bekerja.  Jika soal hak dipentingkan maka janganlah diharapkan masalah rumah tangga akan selesai.

Dari dua contoh di atas, dapatlah disimpulakan bahawa hubungan baik berdasarkan tolak ansur boleh membentuk suasana yang sihat dalam keluarga sama ada dalam keluarga monogami dan poligami. Perasan simpati dan bertimbang rasa adalah kunci kepada tolak ansur antara suami-isteri dan antara isteri-isteri. Perasan simpati dan bertimbang rasa boleh ditingkatkan dengan mengamalkan perbuatan ihsan. Pengertian ihsan dalam konteks perbincangan ini ialah membuat seseatu kebaikan melebihi kebaikan yang diterima dari orang lain atau dari orang yang berbuat jahat kepadanya.

Satu faktor yang menyebabkan berbuat ihsan ini penting untuk diamalkan dalam keluarga berpoligami ialah pada kebiasaannya isteri yang lebih muda adalah lebih disayangi oleh suami.  Bertitik tolak dari itu, jika isteri kedua sentiasa bertindak penuh ihsan terhadap isteri pertama, maka penentangan isteri untuk suami berkahwin dua mungkin berkurangan. Untuk menyokong diri supaya teguh untuk berbuat ihsan, ingatlah kepada kesusahan, kepedihan hati dan rasa marah serta malu apabila mendapat berita yang suami sudah memadukan dirinya. Tidak cukupkan ini dijadikan sebagai motivasi bagi memupuk sifat ihsan dalam diri? Oleh itu, sesiapa perempuan yang berfikir untuk meneruskan perancangan menjadi isteri kedua, mesitilah belajar dan berusaha untuk berbuat  ihsan dalam urusan harinnya. Insya Allah, keluarga berpoligami yang akan dibentuk kelak akan menjadi contoh yang baik bagi penerimaan poligami dalam masyarakat. Secara otomatik ini akan membuka peluang tambahan bagi perempuan-perempuan yang sudah melepasi umur tigapuluhan untuk memperolehi jodoh.

Wallahu 'aalam.

(ini adalah hanya satu pendapat; anda berhak dengan pendapat anda sendiri asalkan ada ilmu dari sumber-sumber yang dipercayai. Untuk mengetahui pengertian ihsan sila klik sumber-sumber internet berikut (i)  dan (ii) )



Posted at 12:34 pm by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry