Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< December 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Sunday, December 30, 2012
Imunologi 8



TINDAK BALAS ANTIGEN-ANTIBODI IN VITRO

TINDAK BALAS IN VIVO

Tindak balas antigen-antibodi adalah suatu mekanisme pertahanan badan yang penting. Semasa kecil setiap individu diberikan beberapa vaksin seperti vaksin polio, vaksin hepatitis B, vaksin rubela, dan lain-lain. Seseorang yang telah disuntik dengan vaksin akan membentuk antibodi-antibodi terhadap antigen-antigen dari vaksin tersebut. Melalui pemvaksinan individu akan menjadi imun kepada patogen yang sama dengan vaksin yang telah disuntik. Keupayaan untuk menghasilkan antibodi-antibodi ini kekal untuk beberapa lama. Sekiranya individu tersebut dijangkiti oleh patogen yang sama dengan vaksin, maka antibodi-antibodi yang terdapat di dalam darah dan organ limpa individu akan bertindak balas untuk mengikat (bind) kepada antigen-antigen yang terdapat pada patogen yang seterusnya akan dinyahaktifkan. Individu yang diberi vaksin itu biasanya berjaya melawan jangkitan dari patogen-patogen yang dia telah menerima vaksin.

Tindak balas antigen-antibodi di dalam badan individu sama ada manusia atau haiwan seperti yang diterangkan di atas, adalah tindak balas in vivo

TINDAK BALAS IN VITRO

Tindak balas antigen-antibodi in vitro pula adalah tindak balas antigen-antibodi di luar badan individu. Ini berlaku apabila antigen dan antiserum yang diambil daripada individu terimun dicampurkan dengan antigen referens melalui kaedah- kaedah B - I yang diterangkan dalam nota Imunologi 7. Melalui kaedah-kaedah tersebut tindak balas antigen-antibodi dapat dikesan dan diukur untuk menentukan kekuatannya tindak balas yang berlaku. Kekuatan tindak balas yang dicerap dapat digunakan bagi mengenalpasti patogen yang menjangkiti seseorang pesakit dan seterusnya mendiagnosis penyakit yang dialaminya. Kaedah- kaedah yang melibatkan tindak balas antigen dan antiserum secara in vivo adalh disebut sebagai kaedah-kaedah SEROLOGI (Serlogical methods).

Sebelum membincangkan tentang perkara di atas, anda patut tahu beberapa istilah terlebih dahulu. Istilah-istilah ini termasuk istilah serum san antiserum (plural=ANTISERA) serta tindak balas silang, tindak balas homologous dan heterologous. Serum adalah cecair yang terbentuk selepas darah menjadi beku. Jadi, apa maksud antiserum?

"Anti-" dalam Antiserum tidak sama dengan definisi "anti-" yang kita semua fahami, iaitu sesuatu yang berlawanan dengan yang lain. Contohnya, antibiotic adalah bahan yang boleh memusnahkan "biotik" atau hidupan, terutamanya mikroorganisma. Antinuclear adalah orang-orang yang membantah penggunaan tenaga nuklear. Tetapi definisi antiserum ialah serum yang mengandungi antibodi (atau antibodi-antibodi) yang diketahui. Ini bermakna, jika seekor arnab disuntik dengan virus influenza dan serum arnab itu diambil, maka serum arnab itu disebut sebagai ANTISERUM virus influenza. Dalam menyediakan antiserum darah dari haiwan yang telah disuntik dengan dibekukan pada suhu bilik atau lebih rendah (supaya bahan kandungan tidak rosak).

  Apakah kandungan ANTISERUM?  

Untuk menjawab soalan di atas mari kita kembali kepada Nota Imonologi 6 bahagian E, iaitu tentang epitop/penentu antigen. Seperti yang telah disebutkan, saiz epitop amat halus, iaitu dianggarkan lebih kurang saiz 5-7 residu asid amino (iaitu peptid pendek). Pada sesuatu antigen (protein yang mempunyai residu asid amino melebihi 300 molekul) mungkin terdapat lebih daripada satu epitop. Epitop-epitop ini pula mungkin terdiri daripada satu jenis epitop sahaja. Atau ia mungkin terdiri daripda dua jenis, tiga jenis atau banyak jenis. Setiap jenis epitop mungkin terdiri dari satu salinan (copy).

Dalam sesuatu haiwan yang disuntik atau diinfeksi, setiap epitop akan mengeruhkan satu jenis molekul antibodi yang spesifik terhadap epitop yang mengaruhkannya sahaja. Antibodi terhadap epitop ini tidak akan bertindak balas dengan epitop-epitop yang lain pada antigen tersebut. Jika lebih dari satu salinan setiap satu epitop akan mengaruh pembentukan molekul antibodi yang sama. Sebaliknya, antigen yang mengandungi lebih dari satu epitop, akan mengaruhkan pembentukan lebih dariapda satu antibodi.

Sebagai contoh, Epitop A mengaruhkan antibodi 'A; Epitop B mengruhkan Antibodi 'B, Ag C => Ab 'C dan seterusnya. Jika sesuatu antigen, katalah Antigen-1, mengandungi tujuh jenis epitop, iaitu epitop-epitop ABCDEFG, maka ia akan mengaruhkan epitop iaitu ABCDEFG is akan mengaruh pembentukan tujuh jenis antibodi, iaitu antibodi-antibodi 'A'B'C'D'E'F'G; Antigen-2 yang juga mengandungi epitop ABCDEFG akan juga menghasilkan antibodi-antibodi 'A'B'C'D'E'F'G. Ini bermakna kedua-dua antiserum terhadap antigen-1 dan antiserum terhadap antigen-2(disebut ANTISERUM-1 dan ANTISERUM-2) mengandungi tujuh antibodi yang sama.

Maka apabila Antigen-1 dan Antigen-2 ditindakkan secara bersilang dengan Antibodi2 dan antibodi1 melalui kaedah-kaedah B hingga I (Dalam Imunologi 7) tindak balas silang akan berlaku. Ragam (pattern) tindak balas boleh dicerap sebagai "confluent" dan antigen-1 dan antigen-2 disebut sebagai sebagai seiras atau reaction of identiti. Ini juga disebut sebagai tindak balas homologous.

klik

Cuba perhatikan kekuatan ikatan dalam tindak balas antigen-1, antigen-2 dengan antiserum sendiri (A dan B)atau yang satu lagi (C dan D). Oleh sebab antigen-1 dan antiigen-2 adalah seiras maka kekuatan ikatan adalah sama. Kesemua tindak balas menghasilkan 6 ikatan

Tidak balas silang A: epitop-epitop pada antigen-1 : A B C D E F G
antibodi-antibodi bagi antigen-1: 'A'B'C'D'E'F'G

Tidak balas silang B: epitop-epitop pada antigen-2 : A B C D E F G
antibodi-antibodi bagi antigen-2: 'A'B'C'D'E'F'G

Tidak balas silang C: epitop-epitop pada antigen-1 : A B C D E F G
antibodi-antibodi bagi antigen-2: 'A'B'C'D'E'F'G

Tidak balas silang D: epitop-epitop pada antigen-2 : A B C D E F G
antibodi-antibodi bagi antigen-1: 'A'B'C'D'E'F'G

Sebaliknya, jika antigen-3 mempunyai epitop ARCDEMG maka ia akan menghasilkan antibodi 'A'R'C'D'E'M'G. Hasilnya, tindak balas silang separa akan berlaku. Ini juga disebut sebagai TINDAK BALAS HETEROLOGUs. Tindak balas homologos (E dan F) adalah lebih kuat berbanding dengan tidak balas heterologus. Ini adalah kerana tindak balas homologous melibatkan lebih banyak ikatan antara epitop dan antibodi (6 ikatan) berbanding dengan tindak balas hererologus (G dan H) iaitu hanya 4. (Nota: ikatan hanya berlaku jika epitop dan antibodi ditanda dengan huruf yang sama. Sebaliknya tiada ikan berlaku jika epitop dan antibodi adalah tidak sama; contoh F**'M atau M**'F)

Tindak balas silang E(HOMOLOGOUS): epitop-epitop pada antigen-1 : A B C D E F G
antibodi-antibodi bagi antigen-1: 'A'B'C'D'E'F'G

Tindak balas silang F (HOMOLOGOUS): epitop-epitop pada antigen-3 : A R C D E M G
antibodi-antibodi bagi antigen-3: 'A'R'C'D'E'M'G

Tindak balas silang G (HETEROLOGOUS): epitop-epitop pada antigen-1 : A B C D E F G
antibodi-antibodi bagi antigen-3: 'A'R'C'D'E'M'G

Tindak balas silang H (HETEROLOGOUS): epitop-epitop pada antigen-2 : A R C D E M G
antibodi-antibodi bagi antigen-1: 'A'B'C'D'E'F'G


br

Posted at 12:38 am by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry