Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< June 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Sunday, June 10, 2012
Imunologi 6




Nota kuliah imonologi ini adalah hasil tulisan Allahyarham Dr. Mohd Danial Yahya yang telah pulang ke Rahmatullah lebih kurang 10 tahun yang lalu. Jika nota ini bermanfaat untuk anda, sudilah kiranya anda sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

KEIMUNAN HUMOR


Objektif pembelajaran:

  • Memahami ciri-ciri dan perbezaan antigen
  • Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi keimunogenan sesuatu bahan

Gerak balas imun terhasil dari pendedahan sistem imun hos kepada bahan asing. Bahan-bahan asing boleh terdiri dari sel-sel seperti bakteria, kulat, parasit ataupun bahan larut seperti protein.

A. Antigen

Antigen vs imunogen: Antigen ialah sebarang agen yang mampu bergabung/berinteraksi secara spesifik dengan komponen-komponen gerak balas imun seperti antibodi atau limfosit. Imunogen ialah sebarang agen yang mampu mengaruh gerak balas imun. Semua imunogen adalah antigen tetapi tidak semestinya semua antigen itu imunogen.

Hapten: Sebatian yang tidak mampu merangsang gerak balas imun dengan sendiri tetapi mampu berbuat demikian apabila dikonjugatkan kepada molekul lebih besar yang dipanggil pembawa (carrier). Hapten kadangkala dipanggil sebagai antigen tak lengkap, contoh: DNP (dinitrofenil).

B. Faktor-faktor yang mempengaruhi keimunogenan

Beberapa faktor penting mempengaruhi keimunogenan sesuatu bahan.

  1. Asing: Sesuatu molekul mestilah asing atau dicam sebagai asing untuk mengaruh gerak balas imun. Lazimnya perumah tidak menghasilkan gerak balas imun terhadap bahan diri (self). Tetapi terdapat kekecualian di mana individu itu menghasilkan gerak balas imun terhadap antigen-antigen sendiri. Ini dipanggil sebagai gerak balas autoimun (autoimmunity).

    Catatan: Keasingan (foreignness) boleh ditakrifkan sebagai pengcaman epitop yang tidak dicam sebagai diri.

  2. Saiz: Bahan-bahan bersaiz kecil umumnya tidak menjadi imunogen yang baik. Imunogen yang baik dalam ertikata lain ialah bahan yang boleh merangsang gerak balas umum yang tinggi dalam masa yang singkat.

  3. Kekompleksan: Sesuatu bahan yang lebih kompleks adalah imunogen yang lebih kuat berbanding yang kurang kompleks (Hukum umum: Keimunogenan meningkat berkadaran dengan kekompleksan). Bahan yang kompleks umumnya mengandungi beberapa jenis kumpulan kimia.

  4. Boleh didegradasi: Bahan-bahan lengai (inert) seperti plastik tidak didegradasi atau diproses oleh makrofaj kepada bentuk yang sesuai untuk mencetuskan gerak balas imun. Oleh itu bahan seperti ini tidak mengaruh gerak balas imun. Sebaliknya pula sesuatu bahan yang dimusnahkan atau didegradasi dengan terlalu cepat tidak membekalkan imunogen yang cukup untuk merangsang gerak balas imun.

  5. Faktor-faktor genetik: Keupayaan untuk menghasilkan respons terhadap sesuatu imunogen/antigen dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Umpamanya, polisakarida adalah imunogen untuk manusia dan mencit tetapi tidak dalam tikus belanda. Kawalan genetik gerak balas imun dikawal oleh gen-gen pada kompleks kehistoserasian utama (MHC). Oleh kerana populasi sel tertentu perlu diaktifkan oleh antigen sebelum gerak balas imun dijana, individu yang tidak mempunyai populasi spesifik terhadap sesuatu antigen tidak boleh menjana gerak balas imun terhadap antigen tersebut.

C. Jenis-jenis antigen:

  1. Karbohidrat (polisakarida): berpotensi sebagai imunogen tetapi tidak semestinya; kurang imunogen berbanding protein.

  2. Lipid: lazimnya imunogen yang lemah tetapi gerak balas imun terhadap lipid boleh diaruh jika lipid itu dikonjugatkan dengan pembawa protein.

  3. Asid nukleik:: imunogen yang lemah tetapi jadi imunogen apabila dikonjugat dengan pembawa protein, contoh: nukleoprotein.

  4. Protein: hampir semua protein adalah imunogen dalam individu yang sesuai. Protein lazimnya adalah molekul yang kompleks kerana mengandungi banyak asid amino berbeza dan lebih tinggi kekompleksan sesuatu protein, lebih kuat gerak balas imun yang dirangsang.

D. Antigen bebas sel T dan bergantung sel T.

Sesetengah molekul seperti polisakarida dan polimer protein mengaruh gerak balas antibodi hanya dari kelas IgM dan tidak mengaruh ingatan (memory). Bahan-bahan ini boleh mengaruh gerak balas dalam haiwan normal dan haiwan yang tidak mempunyai sel T, dan dipanggil antigen bebas sel T. Kebanyakan gerak balas imun terhadap antigen seperti protein adalah bergantung kepada kehadiran sel T dan sel B dalam haiwan tersebut. Antigen-antigen ini dipanggil antigen bergantung sel T.

E. Epitop/penentu antigen:

Tindak balas spesifik berlaku antara tapak pelekat antigen pada molekul antibodi atau reseptor pada limfosit dengan bahagian-bahagian tertentu pada antigen yang dipanggil epitop atau penentu antigen. Bahagian-bahagian ini mempunyai struktur melengkap dengan tapak-tapak pelekat antigen tersebut. Saiz epitop dianggarkan lebih kurang saiz 5-7 residu asid amino (7x12x35A).

    Epitop selanjar dan epitop konformasi: Epitop yang tidak terjejas oleh konformasi dikenali sebagai epitop/penentu linear atau selanjar dan yang terjejas oleh konformasi dipanggil epitop tak selanjar (non-continuous epitope) atau epitop konformasi (conformational epitope). Epitop-epitop yang imunodominan ini merupakan kumpulan-kumpulan yang paling kuat mengaruh gerak balas imun dan lazimnya terdapat pada permukaan antigen.

    Paratop: Bahagian melengkap (complementary) pada molekul antibodi yang bergabung dengan epitop i.e. tapak pelekat antigen.

    Tindak balas silang: Faktor penting yang menentukan kespesifikan epitop ialah bentuk (conformation) penentu tersebut. Tindak balas silang berlaku apabila komponen-komponen imun, sama ada sel atau antibodi, bertindak-balas dengan 2 molekul yang berbeza, tetapi berkongsi epitop atau mempunyai epitop yang berstruktur hampir serupa.

F. Gerak Balas Imun Humor

Apabila sesuatu individu didedahkan kepada antigen untuk kali pertama, sel-sel sistem imun mengcam antigen tersebut dan sama ada menghasilkan gerak balas imun atau menjadi toleran terhadapnya bergantung kepada keadaan. Gerak balas imun yang terhasil berbentuk sama ada keimunan perantaraan sel atau melibatkan penghasilan antibodi khusus untuk antigen, bergantung bagaimana antigen itu diproses dan dipersembahkan kepada limfosit. Gerak balas yang melibatkan antibodi dipanggil gerak balas antibodi atau humor (humoral response). Kebanyakan gerak balas imun melibatkan kedua-dua gerak balas perantaraan sel dan antibodi tetapi salah satu mungkin lebih dominan berbanding yang satu lagi.

G. Gerak balas antibodi primer dan sekunder

Perbandingan gerak balas antibodi primer dan sekunder boleh di lihat di bawah.

 

 

 

Gerak balas

 

 

Primer

 

 

Sekunder

 

Sel terlibat

 

 

Naif (naive)

 

Ingatan (memori)

Masa pendam (hari)

 

4 - 7

1 - 3

Masa untuk capai kemuncak (hari)

 

7 - 10

3 - 5

Tahap

 

Berbeza

100 - 1000X

Isotip antibodi

 

Sebahagian besar IgM (mula), kemudian IgG

 

IgG

Antigen

Bebas T atau bergantung T

 

Bergantung T

Keafinan antibodi

Rendah

 

Tinggi

H. Kinetik gerak balas primer dan sekunder

Selepas pendedahan pertama kepada sesuatu imunogen gerak balas primer terhasil selepas beberapa hari. Gerak balas ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa:

  1. Fasa lag atau laten: pada fasa ini antigen dicam sebagai asing dan sel menjalani proliferasi dan pembezaan sebagai respons terhadap antigen. Fasa ini mengambil masa 5 -7 hari.

  2. Fasa log atau eksponen: Aras antibodi meningkat secara eksponen. Sel B yang dirangsang oleh antigen membeza menjadi sel plasma yang merembeskan antibodi.

  3. Fasa pegun (datar): Kadar sintesis antibodi sama dengan kadar merosot, oleh itu tiada peningkatan aras antibodi.

  4. Fasa menurun atau merosot: Kadar merosot antibodi melebihi kadar sintesis dan aras antibodi akan menurun serta mungkin mencapai aras asal.

Gerak balas primer bermula dengan penghasilan IgM, diikuti oleh IgG. Jika terdedah kepada imunogen yang sama selepas pendedahan pertama gerak balas sekunder akan terhasil. Gerak balas sekunder terhasil lebih cepat (fasa lag yang lebih singkat), mencapai aras yang lebih tinggi (fasa log lebih cepat dan fasa menurun lebih perlahan berbanding gerak balas primer), dan sebahagian besar antibodi adalah IgG (atau IgA atau IgE). Keafinan antibodi yang terhasil dalam gerak balas sekunder semakin meningkat terutamanya jika dos antigen yang rendah digunakan. Ini dipanggil pematangan keafinan. Hasil dari peningkatan keafinan, aviditi antibodi juga meningkat.

I. Kejadian pada peringkat sel

  1. Fasa lag: Klon-klon sel B dan T yang mempunyai reseptor yang sesuai bergabung dengan antigen, menjadi teraktif dan mula menjalani proliferasi. Klon-klon sel B akan membeza menjadi sel plasma yang merembeskan antibodi.

  2. Fasa log: Sel plasma akan pada mulanya merembeskan IgM tetapi sebahagian akan bertukar menghasilkan IgG, IgA atau IgE. Semakain banyak sel B menjalani proliferasi dan pembezaan menjadi sel plasma aras antibodi yang dihasilkan meningkat secara eksponen.

  3. Fasa pegun: Apabila antigen sudah habis, sel B dan T tidak lagi diaktifkan. Sel plasma mula mati. Mekanisme yang mengawal-turun gerak balas imun mula berfungsi. Apabila kadar sintesis antibodi menyamai kadar merosost, fasa pegun terhasil.

  4. Fasa menurun: Tiada antibodi baru dihasilkan kerana antigen tidak lagi wujud untuk mengaktifkan sel B dan T. Sel plasma yang tidak membentuk sel ingatan akan musnah melalui apoptosis. Antibodi yang telah terhasil mula dilupuskan.

J. Struktur Antibodi

Sila semak rajah untuk struktur antibodi. Molekul antibodi IgG terdiri dari 4 rantai, iaitu 2 rantai berat (heavy chain) (panjang) dan 2 rantai ringan (light chain) (pendek) molekul antibodi. Struktur antibodi memepunyai bahagian bervariasi (variable region) dan bahagian malar (constant region) pada rantai berat dan ringan. Bahagian bervariasi terlibat dengan pergabungan kepada antigen. Ikatan dwisulfida (disulfide bonds) menggabungkan rantai berat dan rantai ringan.

Rantai berat dan rantai ringan dibahagikan kepada domain-domain. Setiap domain terdiri dari lebih kurang 110 asid amino. Bahagian bervariasi (VH dan VL) terdapat pada hujung amino. Bahagian engsel (hinge)terdapat di antara domain CH1 dan CH2.


Posted at 07:55 am by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry