Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< June 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Monday, June 04, 2012
Imunologi 5



Nota kuliah imonologi ini adalah hasil tulisan Allahyarham Dr. Mohd Danial Yahya yang telah pulang ke Rahmatullah lebih kurang 10 tahun yang lalu. Jika nota ini bermanfaat untuk anda, sudilah kiranya anda sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

ORGAN-ORGAN LIMFA

Objektif pembelajaran:
  • Memahami perbezaan fungsi dan struktur organ limfa primer dan sekunder

Organ-organ limfa ialah organ di mana pematangan, pembezaan dan proliferasi (pergandaan) limfosit berlaku, dan boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Organ limfa primer ialah organ di mana pematangan sel B dan T menjadi limfosit yang boleh mengcam antigen berlaku. Selepas pematangan sel-sel ini berpindah ke organ limfa sekunder (periferi) melalui saluran darah. Dalam organ sekunder proliferasi dan pembezaan limfosit berlaku selepas pendedahan terhadap antigen.

A. Organ limfa primer:

  1. Timus ialah suatu organ dwiloba yang terdapat dalam rongga toraks. Semasa perkembangan janin, timus membesar dan mencapai saiz maksimum ketika baligh. Selepas itu ia akan mengalami atrofi.

    Timus ialah suatu organ limfoepitelium dan terdiri daripada sel epitelium yang membentuk bahagian korteks (luar) dan medula (dalam). Bahagian korteks dipenuhi dengan limfosit tak matang, dan sedikit makrofaj. Limfosit T menjalani pematangan dalam korteks dan berpindah ke medula di mana ia bertemu makrofaj dan sel dendritik. Pada medula limfosit T menjalani pemilihan timus (thymic selection) yang akan menghasilkan sel T matang. Sel-sel matang akan keluar dari timus dan diangkut melalui darah ke organ limfa sekunder.

    Pematangan sel T melibatkan komitmen sesuatu sel untuk mengcam dan menghasilkan respons terhadap sesuatu epitop pada antigen melalui reseptor yang diperolehi semasa pematangan dalam timus. Hanya 5-10% sel yang matang dalam timus akan mandiri dan keluar dari timus.

      Hirisan melintang timus menunjukkan kapsul pada bahagian luar, korteks dan medula. Sel belum matang dari sum-sum tulang masuk ke dalam timus melalui bahagian korteks dan berpindah ke medula.

  2. Bursa Fabricius dan sum-sum tulang: Dalam burung sel B menjalani pematangan dalam bursa Fabricius yang terdapat berhampiran kloaka, dan terdiri daripada pusat limfoid yang mengandungi sel epitelium dan limfosit B. Mamalia tidak mempunyai bursa Fabricius. Semasa peringkat embrio pembezaan sel B berlaku dalam hepar janin. Selepas kelahiran, proses ini berlaku dalam sum-sum tulang. Setiap sel B matang mempunyai reseptor spesifik-antigen yang mempunyai struktur dan kespesifikan sama seperti antibodi yang akan dihasilkan oleh sel B tersebut.

B. Organ limfa sekunder:

Organ limfa sekunder terdiri dari organ-organ di mana limfosit matang dan komited terhadap sesuatu antigen dirangsang oleh antigen untuk menjalani proliferasi dan pembezaan. Organ sekunder utama terdiri daripada limpa dan buku limfa. Selain itu, tonsil, apendiks dan kumpulan (tompok) limfosit pada usus kecil serta tisu mukosa juga dianggap organ limfa sekunder. Organ limfa sekunder mempunyai 2 fungsi utama:

  • ia amat berkesan memerangkap dan menepukan bahan asing
  • ia merupakan tempat utama penghasilan antibodi dan pengaruhan limfosit T spesifik-antigen

  1. Limpa ialah organ limfa sekunder paling besar dalam tubuh dan merupakan organ utama yang menghasilkan antiboodi. Ia amat berkesan memerangkap dan menepukan bahan asing yang terdapat dalam darah. Limpa terdiri dari bahagian pulpa putih, yang mengandungi banyak sel limfa, dan bahagian pulpa merah, yang mengandungi banyak eritrosit dan makrofaj serta sel-sel lain.

    Pulpa putih banyak terdapat keliling arteriol pada bahagian periferi dan kaya dengan sel T. Sel B banyak terdapat pada pusat percambahan.

      Hirisan melintang limpa yang merupakan organ limfa terbesar dalam tubuh. Limfosit banyak terdapat pada bahagian pulpa putih (white pulp) dan eitrosit pada pulpa merah (red pulp). Pada limpa juga terdapat pusat percambahan.

  2. Buku limfa terdapat pada banyak bahagian tubuh terutamanya berhampiran saluran limfa utama dan berbentuk ginjal bujur. Strukturnya terdiri dari bahagian medula dan korteks. Bahagian korteks mengandungi folikel limfa primer. Selepas rangsangan antigen, struktur ini membentuk folikel sekunder dengan pusat percambahan (germinal centres) yang kaya dengan limfosit (kebanyakannya sel B) yang menjalani mitosis. Kawasan parakorteks (korteks dalam) mengandungi sel T dan sel dendritik. Antigen diangkut ke kawasan ini oleh sel dendritik yang mempersembahkan pecahan antigen kepada sel T dan mengaktifkan sel T. Bahagian medula mengandungi sel plasma yang telah berpindah dari bahagian korteks. Buku limfa amat berkesan memerangkap antigen yang masuk melalui saluran limfa aferen. Antigen akan berinteraksi dengan makrofaj, sel B dan sel T dan interaksi ini akan menjana gerak balas imun.

    Hirisan melintang buku limfa menunjukkan bahagian kapsul, korteks, parakorteks dan medula. Sel B banyak terdapat pada bahagian korteks dan akan membentuk pusat percambahan yang mengandungi banyak sel plasma setelah dirangsang oleh antigen. Sel plasma akan berpindah ke medula. Sel T terdapat pada bahagian parakorteks. Limfosit memasukki buku limfa melalui saluran limfa aferen dan keluar melalui saluran eferen. Darah memasukki buku limfa melalui arteri dan keluar melalui vena. Buku limfa berfungsi menuras cecair limfa dan darah dan memerangkap bahan asing seperti mikroorganisma.

C. Perkitaran limfosit

Limfosit dalam darah memasukki buku limfa melalui venul pascakapilari dan keluar dari melalui saluran limfa eferen dan seterusnya ke jantung. Pengaliran serupa juga berlaku pada limfosit yang memasukki limpa. Perpindahan limfosit melalui pelbagai organ dan tisu limfa dikawal oleh berbagai-bagai molekul perlekatan permukaan sel dan reseptor untuk molekul-molekul ini. Limfosit darah mesti melintasi lapisan yang dipanggil high endothelial venules untuk masuk ke dalam tisu dan organ limfa. Perpindahan limfosit ini memastikan limfosit tertempat dalam tisu tersebut selepas pendedahan terhadap antigen. Limfosit kemudian akan menjalani proliferasi dan pembezaan. Selepas pembezaan (menjadi sel ingatan) limfosit akan keluar dan berpindah ke bahagian tubuh di mana terdapat antigen dan menjalankan peranannya.

D. Apa terjadi kepada antigen selepas kemasukan

Selepas mengatasi halangan fizikal dan sel, antigen akan memasukki tubuh. Gerak balas imun dijana untuk menghapuskan bahan-bahan asing ini. Terdapat beberapa jalan utama kemasukan antigen ke dalam tubuh:

  • Jika antigen memasukki tubuh melalui saluran darah ia kemungkinan besar diangkut ke limpa dan berinteraksi dengan sel pemproses antigen (APC) seperti sel dendritik dan makrofaj. Interaksi antara APC dan sel T kemudian akan mengaktifkan sel B serta sel T dan menjana gerak balas imun. Antibodi akan dihasilkan dan memasukki peredaran.

  • Antigen mungkin tertempat dalam tisu epidermis, dermis atau subkutin dan mengaruh keradangan. Dari tisu ini antigen akan diangkut ke buku limfa berhampiran di mana ia berinteraksi dengan makrofaj, sel dendritik, sel T dan sel B untuk menghasilkan gerak balas imun.

  • Antigen mungkin masuk melalui saluran gastrousus atau pernafasan dan tertempat dalam tisu limfa berkaitan mukosa (MALT). Di situ ia akan berinteraksi dengan makrofaj dan limfosit. Antibodi yang terhasil lazimnya tertempat dalam tisu setempat.



Posted at 05:36 pm by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry