Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Friday, October 09, 2009
Mikobiologi Asas (6)



3.2. Pertumbuhan Populasi

Pertumbuhan populasi bermaksud penambahan bilangan sel dalam sesuatu kultur bakteria. In melibatkan pembahagian sel secara belahan dedua (binary fission) Proses pembahagian sel bakteria berlaku dalam jangka masa yang berbeza beza bergantung pada beberapa faktor seperti spesies bakteria, pH, suhu, kandungan nutrien dan kewujudan atau ketiadaan oksigen. Kadar pertumbuhan bakteria berbeza secara intrinsik. Terdapat spesies bakteria yang melipatganda dengan cepat, sederhana dan lambat. Contoh satu bakteria yang sangat cepat membiak ialah E. coli, yang sederhana ialah Agrobacterium dan Pseudomonas dan yang lambat ialah Mycobacterium.

Istilah masa mendua sering digunakan untuk menyatakan masa yang diambil bagi pembahagian satu sel kepada dua sel, daripada dua kepada empat, daripada empat kepada lapan dan seterusnya. Masa mendua ini juga disebut sebagai masa generasi. Masa generasi bagi E. coli dalam keadaan medium dan sekitaran yang optimum adalah antara 15-30 minit.

Jika dibandingkan dengan bakteria yang lain, seperti Mycobacterium tuberculosis, masa generasi untuk E. coli ini sangat cepat. Mengikut kajian yang telah dilakukan medium yang paling sesuai bagi M. tuberculosis hanya boleh mendapatkan masa generasi 15-30 jam.

Di atas medium pertumbuhan agar-agar yang telah diinokulasi dengan bakteria, mungkin terdapat satu sel bakteria yang terpisah. Sel yang terpisah ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi setelah beberapa jam maka satu koloni yang terbit daripada pembahagian dan penambahan sel-sel baru akan kelihatan di atas agar agar itu. Koloni atau kumpulan kumpulan sel ini mengandungi beribu- ribu sel sebelum boleh dilihat dengan mata kasar. Sel sel ini terus membahagi untuk menghasilkan koloni yang lebih besar dan mengandungi lebih banyak sel bakteria.

Bakteria berlainan biasanya membentuk koloni yang mempunyai ciri yang berlainan. Ciri koloni bakteria pada kultur pepejal boleh diterangkan dari segi bentuk, saiz, warna dan bau. Dari segi bentuk koloni bakteria boleh berbentuk bulat yang licin atau bulat tetapi bergigi. Di samping itu terdapat pula koloni bakteria yang mempunyai bentuk rizoid dan tidak sekata atau tidak mempunayi bentuk yang konsisten. Cerapan terhadap bentuk koloni jika digabungkan denagn saiz koloni dalam medium tertentu boleh menggambarkan kumpulan bakteria yang dikulturkan. Terdapat bakteria yang mempunayi koloni yang besar, sederhana dan kecil.

Di samping itu terdapat pula koloni yang berwarna disebabkan oleh pengeluaran pigmen oleh sel sel bakteria yang dikulturkan itu. Contohnya, Seratia mercescens biasanya mengeluarkan warna merah manakala beberapa spesies Pseudomonas akan memberikan warna kehijauan atau kebiruan pada kultur. Terdapat di antara pewarnaan itu yang meresap ke dalam medium. Pigmen seperti ini adalah terdiri daripada bahan metabolit sekunder yang boleh bertindak sebagai toksin atau antibiotik.
3.2.1. Pertumbuhan Populasi Dalam Kultur Kelompok

Kultur kelompok ialah kultur yang tidak ditambah dan tidak diambil sebahagian daripada mediumnya sepanjang masa pengulturan. Ini bererti dalam kultur kelompok tiada tambahan nutrien dan tiada pembuangan bahan hasilan dilakukan sehingga akhir tempoh pengkulturan. Ini bermakna pertumbuhan berlaku dalam keadaan tertutup. Pada awal pertumbuhan medium mengandungi banyak nutrien dan sedikit sel bakteria, tetapi pada ahkir pengkulturan medium akan mengandungi banyak sel dan hasilan tetapi ketandusan nutrien. Di samping itu, faktor ruang akan menjadi penting kerana penggumpulan sel dalam ruang yang kecil akan mengakibatkan sebahagian sel tidak mendapat oksigen.

Dalam kultur kelompok yang menggunakan medium cecair seperti kaldu nutrien, pertumbuhan ataupun pertambahan bilangan sel bakteria adalah dalam bentuk lengkok pertumbuhan setahap. Lengkuk pertumbuhan populasi setahap ini boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu, fasa lag, fasa log, fasa datar, dan fasa mati. Untuk E. coli yang dikulturkan dalam keadaan optimum, jangka masa untuk setiap tahap ialah 3-10 minit.

Pertumbuhan populasi dapat dibahagikan kepada beberapa fasa, iaitu fasa lag, fasa eksponen (fasa log), fasa datar dan fasa mati. Dalam fasa lag tiada pertambahan sel berlaku walaupun pertumbuhan individu masih berjalan. Ini bermakna sel-sel dalam fasa ini adalah aktif dari segi sintesis molekul protein, asid nukleus, peptidoglikan, dan molekul molekul lain yang diperlukan untuk membentuk sel sel baru. Fenomenon yang paling ketara dalam fasa ini ialah saiz sel sel bakteria yang lebih besar berbanding sel sel dalam fasa log.
Dalam fasa ini tidak terdapat pembahagian sel, tetapi hanyalah persediaan untuk pembahagian sahaja.

Dalam fasa log sel sel mula membahagi dengan cepat. Setelah 3, 4, 5 (dan seterusnya) kali mengganda, setiap sel akan menjadi 8, 16, 32 sel (dan seterusnya). Oleh itu, sekiranya setiap sel mengganda sebanyak 'n' kal, maka jumlah sel yang diperoleh ialah 2(ganda n) sel. Dalam kata lain, jika satu sel telah membahagi sebanyak 'n' generasi maka jumlah sel yang dihasilkan ialah 2(ganda n sel). Jika 'n' bernilai 5, maka setiap sel bakteria daripada populasi itu, telah menjadi 2 x 2 x 2 x 2 x 2, iaitu 32 sel. Jika bilangan asal sel ialah 104, maka populasi bakteria selepas 5 generasi ialah 3.2 x 10(ganda 5) atau 320,000 sel.
Dalam kultur kelompok, pertumbuhan populasi tidak boleh berada dalam fasa log secara berterusan. Setelah beberapa jam kandungan ribosom dalam sel sel itu berkurangan. Ini bermakna sintesis protein akan berkurangan dan seterusnya penurunan sintesis RNA dan DNA, dan seterusnya akan melambatkan pembahagian sel. Hasil sampingan metabolisme bakteria akan juga bertindak sebagai bahan toksik yang boleh menyebabkan kematian sel sel. Apabila kadar pertambahan sel menjadi sama dengan kadar kematian sel, maka bilangan sel akan menjadi pegun untuk beberapa ketika. Jika bilangan sel dan masa pengeraman dikaitkan dengan graf maka pertumbuhan bakteria itu akan berbentuk datar. Dengan itu nyatalah bahawa dalam keadaan sebenar, bakteria dan juga mikroorganisma lain tidak boleh membiak terus hingga memenuhi bumi.

Apakah akibatnya jika sel terus membiak dengan kadar logarithme ini? Andaikan bakteria mempunyai masa generasi 20 minit, maka dalam masa satu jam bakteria akan mendua sebanyak tiga kali, dan dalam masa 48 jam, jumlah pembahagian yang berlaku (bilangan generasi) ialah 144 kali. Oleh itu jumlah sel yang dihasilkan ialah 2144 ataupun 1043. Jika satu sel bakterium beratnya 10 12 gram maka jumlah berat sel sel bakteria yang dihasilkan setelah 48 jam ialah 1043 12 atau 1031 gram. Ini adalah lebih berat daripada 4000 kali ganda berat bumi.

Selepas beberapa lama dalam keadaan fasa datar, hasil sampingan metabolisme akan mengumpul dengan lebih banyak. Ini akan meningkatkan bilangan sel sel bakteria yang mati dan menjalani lisis. Tambahan pula, dalam keadaan kehabisan nutrien, pembahagian dan penambahan sel sel akan berhenti. Kedua dua fenomenon ini akan menyebabkan berkurangnya bilangan sel dalam kultur itu. Hasilnya ialah lengkuk yang menurun yang disebut sebagai fasa mati. Istilah yang digunakan untuk kultur yang berada dalam fasa ini ialah kultur tua, sedangkan kultur dalam masa awal dan pertengahan fasa Log disebut sebagai kultur muda. Sel sel dalam kultur tua mempunyai mekanisme pembaikan yang rendah terhadap kerosakan sel.

Posted at 11:13 am by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry