Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Friday, May 11, 2012
Imunologi 3



Nota kuliah imonologi ini adalah hasil tulisan Allahyarham Dr. Mohd Danial Yahya yang telah pulang ke Rahmatullah lebih kurang 10 tahun yang lalu. Jika nota ini bermanfaat untuk anda, sudilah kiranya anda sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.



KEIMUNANAN TAK SPESIFIK (KEIMUNAN SEMULA JADI)


Non specific immune response

Objektif pembelajaran:
  • Mengenal faktor-faktor imun tak spesifik
  • Memahami bagaimana faktor-faktor tak spesifik bertindak memberi perlindungan

Keimunan tak spesifik wujud sejak kelahiran dan terdiri dari beberapa faktor yang bertindak secara tak spesifik untuk mempertahankan tubuh hos dari bahan asing. Ia beroperasi ke atas sebarang bahan yang mengancam tubuh. Dalam keimunan semula jadi penekanan adalah kepada penghapusan (disposal) dan proses pengcaman adalah kurang spesifik. Faktor-faktor penting yang terlibat termasuklah:

1. Halangan fizikal/mekanikal: Umpamanya kulit: kebanyakan organisma dan bahan asing tidak mampu masuk melalui kulit yang utuh tetapi boleh masuk jika kulit tercedera. Pengerakan silia (ciliary movement) menolak keluar bahan asing yang memasukki saluran pernafasan. Ini menjadikan saluran pernafasan bawah steril. Membran mukus (mucous membranes) menyelaputi banyak organ dalaman dan berfungsi melindungi organ-organ tersebut.

2. Halangan-halangan biokimia: Contoh: asid yang wujud dalam perut (pH 2), peluh mengandungi rembesan dari kelenjar sebum (sebaceous glands) yang mengandungi asid-asid lemak dan enzim yang mencegah pertumbuhan mikroorganisma. Mukus meliputi banyak permukaan badan seperti saluran pernafasan dan gastrointestin dan berfungsi memerangkap mikroorganisma. Lisozim yang terdapat dalam air mata berkesan ke atas peptidoglikan bakteria Gram positif dan kitin pada kulat. Dalam saluran gastrointestin, enzim-enzim hidrolisis wujud dalam rembesan usus; pH dalam perut adalah rendah; enzim proteolisis dan rembesan hempedu (bile) juga bertindak mengawal populasi mikroorganisma; pH vagina yang rendah juga berfungsi untuk tujuan sama. Protein-protein dalam serum, contohnya interferon - mengawal infeksi virus dengan mengaruh keadaan anti-virus dalam sel; pelengkap (complement) - sekumpulan protein yang wujud dalam darah yang boleh memusnahkan sesetengah bakteria apabila diaktifkan; protein-protein fasa akut (acute phase proteins) - ada sesetengah protein yang kepekatannya dalam serum meningkat 2 - 100X apabila berlaku infeksi. Kebanyakan protein-protein ini disintesis dalam hati. Contohnya termasuk fibrinogen, serum amyloid A dan protein reaktif C (C reactive protein; CRP). Ia dipanggil sebagai CRP kerana ia berupaya bergabung dengan protein C pneumokokus. CRP, apabila tergabung dengan bakteria akan meningkatkan perikatan pelengkap dan ini memudahkan fagositosis. CRP juga mengaktifkan pelengkap. Peningkatan aras CRP boleh digunakan untuk menentukan kehadiran infeksi atau keradangan kerana gerak balas fasa akut terbit awal.

3. Faktor-faktor sel (Cellular factors): Tiga jenis sel utama memainkan peranan dalam keimunan semula jadi:

a. Fagosit: Fagositosis ialah proses penelanan dan pemusnahan bahan-bahan partikulat termasuk bahan asing seperti bakteria. Ada beberapa jenis sel yang boleh melakukan fagositosis. Ini termasuklah leukosit polimorfonukleus (granulosit) dan monosit/makrofaj yang merupakan fagosit khusus atau profesional. Banyak mikroorganisma menghasilkan bahan-bahan yang menarik sel-sel fagosit (chemotactic factors, chemoattractants). Proses fagositosis boleh bertindak secara tak spesifik dalam keimunan semula jadi.

Proses fagositosis: Fagosit mungkin tertarik ke tempat-tempat di mana berlaku gerak balas keradangan. Ini dipanggil kemotaksis. Apabila tiba di tempat keradangan fagosit akan mengcam agen infeksi kemudian bergabung melalui reseptor pada permukaannya. Reseptor-reseptor ini membolehkan fagosit bergabung secara tak spesifik dengan banyak mikroorganisma. Pergabungan ini akan tertingkat jika bahan tersebut diselaputi oleh opsonin. Contoh opsonin termasuklah komponen pelengkap C3b dan antibodi spesifik. Selepas pergabungan bahan asing itu akan ditelan oleh fagosit lalu membentuk fagozom. Fagozom akan melakur (fuse) dengan lisozom yang mengandungi enzim-enzim hidrolisis atau pencernaan yang akan memusnahkan bahan asing.

b. Sel-sel NK (Natural killer cells) : Leukosit-leukosit yang mampu mengcam pertukaran pada permukaan sel-sel terinfeksi virus dan memusnahkannya. Sel-sel NK diaktifkan oleh interferon. Sel-sel ini bertindak dengan cepat tetapi tidak mempunyai ciri-ciri limfosit. Haiwan-haiwan yang tidak mempunyai limfosit B dan T bergantung kepada sel NK untuk mengawal infeksi virus dan infeksi intrasel lain.

c. Sel mast: Sel-sel ini banyak terdapat pada kulit, di keliling saluran darah dan dalam usus. Amat penting dalam gerak balas keradangan akut, iaitu suatu siri pertukaran yang berfungsi meningkatkan bekalan darah (dan kandungannya) pada tempat-tempat infeksi. Fungsi sel-sel ini ialah untuk membebaskan isi-isi granul termasuk histamina, leukotriena dll. yang meningkatkan ketelapan saluran darah

4. Keradangan (Inflammation): Gerak balas keradangan ialah suatu proses kompleks oleh tisu yang telah rosak terhadap kecederaan termasuk kecederaan yang disebabkan oleh serangan agen infeksi seperti mikroorganisma. Gerak balas keradangan boleh dicetuskan oleh kerosakan tisu disebabkan faktor-faktor endogen (dalaman) seperti nekrosis tisu dan patah tulang atau faktor-faktor eksogen (luaran) seperti infeksi, kecederaan (luka, terbakar, dan lain-lain), kecederaan imunologi (kehiperpekaan). Tindak balas keradangan ialah suatu percubaan untuk mengawal infeksi dan memulihkan kerosakan tisu. Gerak balas ini mengarahkan unsur-unsur sistem imun ke tempat-tempat di mana berlaku infeksi dan penting dalam keimunan semula jadi dan perolehan. Ciri-ciri keradangan: kemerahan, bengkak, kenaikan suhu, kesakitan (rubror et tumor cum calor et dolor). Dalam masa beberapa minit selepas kecederaan berlaku gerak balas keradangan bermula dengan pengaktifan dan peningkatan aras bahan-bahan aktif termasuk protein-protein yang dipanggil protein fasa akut (acute phase proteins). Gerak balas fasa akut akan mengaruh kedua-dua gerak balas setempat dan sistemik. Gerak balas sistemik termasuk kenaikan suhu, peningkatan penghasilan leukosit dan penghasilan protein fasa akut. Salah satu protein fasa akut ialah protein reaktif C. Protein ini boleh bergabung dengan membran sesetengah mikroorganisma dan mengaktifkan pelengkap.

Sitokin juga memainkan peranan penting dalam gerak balas keradangan terutamanya interleukin-1 (IL-1), IL-6 dan faktor nekrosis tumor a. Sitokin-sitokin ini yang dibebaskan oleh makrofaj teraktif mengaruh molekul-molekul perlekatan (adhesion molecules) pada dinding sel-sel endotelium. Neutrofil, monosit dan limfosit kemudian akan melekat kepada molekul-molekul ini dan kemudian keluar dari saluran darah. Sitokin-sitokin ini juga mengaruh peningkatan ketelapan saluran darah untuk memudahkan sel dan makromolekul keluar. Sitokin-sitokin lain seperti IL-8 dan interferon-g pula meningkatkan kemotaksis dan fagositosis. Secara keseluruhan, hasil gerak balas yang kompleks ini ialah pengumpulan cecair (edema) dan leukosit pada tempat tercedera. Ini pula akan meningkatkan lagi gerak balas tersebut kerana lebih banyak bahan aktif biologi akan diangkut dalam cecair dan dibebaskan oleh sel-sel yang terkumpul.

Secara keseluruhan gerak balas keradangan melibatkan tiga kejadian utama:

    a. Pengaliran darah ke bahagian tersebut akan tertingkat. Dalam masa yang singkat selepas kecederaan gerak balas keradangan bermula dengan pembebasan bahan-bahan aktif yang menyebabkan saluran darah berkembang lalu meningkatkan pengaliran darah (serta ketelapan dinding kapilari).

    b. Ketelapan dinding kapilari akan meningkat lalu membolehkan molekul-molekul besar melintasi endotelium. Ini membolehkan bahantara larut sampai ke tempat infeksi.

    c. Leukosit, terutamanya neutrofil polimorfonukleus, serta monosit berpindah keluar dari kapilari dan masuk ke dalam tisu. Selepas itu sel-sel tersebut akan berpindah ke tempat-tempat infeksi melalui proses kemotaksis. Diapedesis ialah proses di mana leukosit pada mulanya melekat pada dinding kapilari dan kemudiannya berpindah masuk ke dalam tisu.

Kebanyakan sel-sel yang terlibat dalam keradangan ialah sel fagosit. Fagosit yang mula-mula terlibat dalam gerak balas keradangan ialah leukosit polimorfonukleus yang terkumpul dalam masa 30 - 60 min dan akan memusnahkan bahan asing atau tisu tersebut. Jika bahan tersebut wujud berpanjangan lebih dari 1 - 2 jam, sel-sel mononukleus termasuk makrofaj dan limfosit akan masuk. Makrofaj membantu aktiviti fagositosis oleh sel-sel polimorfonukleus. Ia juga terlibat dalam pemprosesan antigen untuk dipersembahkan kepada limfosit untuk menjana gerak balas imun terdapat. Sel-sel fagosit ini kemudian akan memusnahkan agen-agen infeksi yang masuk ke dalam tubuh perumah.

Gerak balas keradangan merupakan mekanisme pertahanan yang amat penting dalam keimunan semula jadi dan terdapat. Walaupun kadangkala ia menyebabkan kemudaratan dan bahaya kepada hos (seperti dalam kes gerak balas kehiperpekaan), sebahagian besar gerak balas keradangan merupakan mekanisme pertahanan dan pemulihan tisu rosak.

Jika kecederaan atau infeksi oleh mikroorganisma itu berterusan gerak balas keradangan akan dibantu oleh mekanisme pertahanan keimunan terdapat termasuk keimunan humor dan keimunan perantaraan sel. Selain itu banyak bahan-bahan yang dibebaskan semasa gerak balas keradangan berperanan penting dalam proses pemulihan tisu tercedera.

5. Faktor suhu: Suhu merupakan salah satu faktor fizikal yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma. Kenaikan suhu apabila berlaku infeksi mungkin merupakan satu mekanisme pertahanan yang menghadkan pertumbuhan bakteria. Hasil-hasil bakteria seperti endotoksin menyebabkan kenaikan suhu (demam) melalui pembebasan pirogen (bahan yang mengaruh kenaikan suhu) dari monosit dan makrofaj (termasuk IL-1 and IFN). Kenaikan suhu juga mungkin berfungsi meningkatkan sistem imun melalui pengaktifan limfosit.

Nota: Keimunan tak spesifik bekerjasama rapat (integrated) dengan keimunan terdapat i.e. tidak terasing. Banyak faktor-faktor yang terlibat dalam keimunan tak spesifik juga berfungsi dalam keimunan terdapat.


Posted at 06:35 pm by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry