Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Monday, May 07, 2012
Imunologi 2



Nota kuliah imonologi ini adalah hasil tulisan Allahyarham Dr. Mohd Danial Yahya yang telah pulang ke Rahmatullah lebih kurang 10 tahun yang lalu. Jika nota ini bermanfaat untuk anda, sudilah kiranya anda sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.



SEL-SEL SISTEM IMUN


Objektif pembelajaran:
  • Memahami proses ontogeni sel-sel B dan T
  • Memahami bagaimana populasi sel-sel sistem imun dibezakan berdasarkan penanda permukaan dan fungsi

A. Ontogeni sel-sel imun

Sistem imun vertebrata melibatkan beberapa organ serta banyak jenis sel. Semua sel darah termasuk sel-sel sistem imun terbit dari sel-sel asas atau sel-sel pokok hematopoietik yang terdapat dalam sum-sum tulang. Sel-sel ini merupakan sel-sel yang belum menjalani proses pembezaan (differentiation). Sel-sel ini belum membeza, boleh membiak (proliferate) sepanjang hayat untuk membekalkan keperluan penggantian sel-sel matang yang digunakan semasa aktiviti normal.

Sel-sel ini adalah pluripoten (berpotensi menjadi pelbagai sel berlainan) dan menjadi unipoten selepas proses pembezaan. Ada 2 garis utama pembezaan:

  1. Tapak jalan limfopoietik: sel-sel yang menjalani pembezaan melalui jalan ini akan membentuk limfosit (T atau B).

  2. Tapak jalan mieloid (myeloid): menghasilkan monosit dan sel-sel lain seperti granulosit dan platlet.

Sel NK (natural killer) juga membeza melalui tapakjalan limfopoietik tetapi akhirnya akan menjadi sel yang berbeza daripada sel T. Terdapat satu lagi populasi sel yang bukan sel B atau T, dan tapak-jalan pembezaannya kurang pasti. Ini dipanggil sebagai sel-sel "null".

Tapak jalan perkembangan pelbagai jenis sel dari sel pokok pluripoten dalam sum-sum tulang.

B. Ontogeni limfosit B

Proses pembezaan sel pokok menjadi sel B matang berlaku dalam organ limfa primer. Organ-organ limfa primer tempat pematangan limfosit B berbeza dalam spesies yang berlainan:

  1. Burung: Dalam spesies avian (burung), sel-sel pokok dari sum-sum tulang berpindah ke Bursa Fabricius dan menjalani proses pematangan. Sel-sel ini keluar dari Bursa sebagai sel B matang.

  2. Mamalia: Proses pembezaan sel B berlaku dalam sum-sum tulang (atau dalam tisu limfa pada mukosa usus).

Proses pembezaan sel pokok menjadi sel B matang adalah bebas antigen (antigen independent) kerana ia tidak bergantung kepada pendedahan terhadap antigen. Semasa pembezaan, proses pemilihan yang memusnahkan sel-sel yang berpotensi menghasilkan tindak balas terhadap diri berlaku. Selepas pembezaan ini sel B matang yang mampu bertindak-balas dengan antigen asing (bukan diri) terhasil.

Penanda-penanda permukaan limfosit B: Penanda-penanda permukaan terdiri dari molekul yang mempunyai fungsi masing-masing dan ada yang boleh digunakan untuk membezakan sel B dari sel lain.

  1. Imunoglobulin permukaan (surface immunoglobulin; sIg): sIg berfungsi sebagai reseptor untuk antigen. Reseptor ini terdiri dari molekul IgM atau IgD monomer yang tergabung kepada molekul CD79. Molekul ini adalah unik untuk sel B.

    Reseptor sel B untuk antigen terdiri dari molekul imunoglobulin permukaan, sama ada dari kelas IgM atau IgD. Molekul imunoglobulin ini terkompleks kepada dua pasang molekul CD79 (Iga dan Igb) yang berfungsi memindahkan isyarat untuk pengaktifan sel B.

  2. Reseptor Fc (FcR)(CD32): Hampir kesemua sel B yang matang membawa reseptor untuk bahagian Fc IgG. CD32 memainkan peranan penting dalam "antibody feedback" di mana sel B dinyahaktifkan oleh antibodi dengan membekalkan isyarat negatif kepada sel B.

  3. Reseptor EBV (CD21): Terlibat dalam pengaktifan sel B dengan meningkatkan isyarat pengaktifan selepas antigen bergabung kepada sIg. Epstein-Barr virus (EBV) boleh bergabung dengan reseptor ini dan memasukki sel B.

  4. Molekul MHC kelas II: Molekul-molekul ini diperlukan untuk mempersembahkan antigen bagi pencetusan sel T serta penjanaan bantuan yang diperlukan semasa pengaktifan sel B.

  5. Molekul-molekul ko-perangsangan B7 dan CD40: Molekul-molekul ini diperlukan untuk pengaktifan sel B. B7 banyak terdapat pada sel B teraktif. CD40 berinteraksi dengan molekul CD40L pada sel T dan penting dalam pertukaran kelas antibodi dari IgM ke IgG.

C. Ontogeni limfosit T

Sel-sel dari sum-sum tulang memasukki timus (thymus). Dalam timus sel-sel T 'dididik' untuk mengenali/membezakan antara antigen-antigen 'diri' (self) dan 'bukan diri' (non-self). Sebahagian besar sel yang menjalani pematangan dalam timus termusnah termasuk sel-sel yang berpotensi untuk menjana gerak balas terhadap diri. Dengan cara ini penjanaan gerak balas imun terhadap diri dicegah. Oleh itu sel-sel matang yang keluar dari timus merupakan sel-sel yang hanya akan menjana gerak balas terhadap bahan bukan diri.

Lebih dari 90% dari sel-sel yang masuk ke dalam timus dari sum-sum tulang termusnah. Semasa perkembangan, sel-sel ini menyusun semula gen-gen yang akan digunakan untuk membentuk reseptor sel T (Reseptor ini berfungsi untuk pengaktifan sel T). Sel-sel yang gagal membentuk reseptor berfungsi kerana penyusunan semula gen-gen yang tak sempurna akan termusnah. Satu lagi sebab utama pemusnahan banyak limfosit dalam timus ialah kerana berlaku proses pemilihan dalam timus. Dalam pemilihan positif reseptor sel T (TcR) berinteraksi dengan molekul MHC pada permukaan sel epitelium pada korteks timus. Sel-sel yang tidak boleh berinteraksi akan mati melalui proses apoptosis (musnah diri). Pemilihan positif akan menyebabkan proliferasi dan pengembangan populasi sel T yang tidak termusnah. Sel-sel ini akan "terdidik" kepada molekul MHC yang diekspres pada sel epitelium, dan sepanjang hayatnya akan hanya boleh menghasilkan gerak balas jika antigen tergabung kepada molekul MHC yang serupa. Sel-sel yang mempunyai reseptor terhadap antigen diri dan bukan diri akan berkembang selepas pemilihan positif. Untuk menghalang sel-sel yang berpotensi bergerak balas dengan antigen diri dari keluar daripada timus, sel-sel ini menjalani pemilihan negatif. Ini berlaku melalui interaksi dengan interdigitating dendritic cells pada persimpangan korteks-medula. Sel-sel T berinteraksi dengan molekul MHC I dan II bersama peptid diri pada bahagian tersebut. Sel-sel yang berinteraksi dengan afiniti tinggi akan dimusnahkan melalui apoptosis. Oleh itu pemilihan negatif menghapuskan sel T yang mengungkap reseptor-reseptor spesifik untuk antigen diri. Dengan demikian sel yang berpotensi menjana gerak balas terhadap diri termusnah dan sel-sel sistem imun lazimnya tidak menghasilkan gerak balas terhadap diri.

Subpopulasi sel T:

  1. Sel T penolong (TH): berfungsi membekalkan "bantuan" atau meningkatkan ungkapan fungsi imun sel-sel lain. Umpamanya, sel T penolong diperlukan oleh sel B untuk menghasilkan antibodi terhadap banyak antigen.

  2. Sel T sitotoksik (TC): menyebabkan sitolisis dan kematian sel-sel sasaran seperti sel terinfeksi virus.

  3. Sel T penekan (Ts): menekan ungkapan fungsi imun sel-sel lain.

Penanda-penanda permukaan sel T

  1. TcR (Reseptor Sel T Khusus Untuk Antigen): Berfungsi untuk bergabung dengan antigen. Terdiri dari molekul pengcam antigen (Ti) yang tergabung rapat dengan kompleks polipeptid CD3. Terdiri dari 2 jenis - ab dan gd ; setiap sel T hanya mempunyai salah satu kombinasi reseptor. Sebahagian besar sel T mengungkap reseptor jenis ab.

    Reseptor sel T terdiri dari kombinasi reseptor khusus untuk antigen (TcR atau Ti) yang tergabung kepada molekul CD3. TcR terdiri dari 2 rantai, iaitu kombinasi a dan b (seperti dalam rajah di atas) atau g dan d. Reseptor khusus antigen akan mengcam epitop yang tergabung kepada molekul MHC. Molekul CD3 terdiri dari 6 rantai protein yang berfungsi memindahkan isyarat untuk pengaktifan sel T.

  2. CD4 dan CD8: Molekul aksesori, berperanan dalam interaksi sel T dengan sel bukan T. Sel T penolong mengekspres molekul CD4 dan sel T sitotoksik mengekspres CD8.

  3. Molekul-molekul perlekatan (adhesion molecules):

    i. CD2 berfungsi sebagai ligand untuk molekul LFA-3 (CD58).
    ii. LFA-1 berinteraksi dengan ICAM-1

Pelbagai molekul yang terdapat pada permukaan sel T penolong yang terlibat dalam interaksi dengan sel pemproses antigen (APC). Interaksi antara molekul-molekul ini diperlukan untuk pengaktifan sel T.

D. Sel-sel yang memproses dan mempersembahkan antigen

Komponen ketiga, terdiri dari sel-sel mononukleus monosit/makrofaj, sel dendritik. Secara keseluruhan sel-sel ini (serta organ di mana ia terdapat) membentuk sistem retikuloendotelium, iaitu sistem yang terlibat untuk memerangkap antigen yang memasukki tubuh. Makrofaj dalam sistem ini mempunyai dua fungsi utama iaitu:

  • memerangkap dan memusnahkan bahan asing
  • memproses bahan asing dan mempersembahkanya kepada sel T untuk pengaktifan sel T.


Posted at 11:22 pm by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry