Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< April 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Saturday, April 14, 2012
Mencari Jodoh XI


Anda sedang mencari jodoh. Apabila anda bertemu seseorang, anda berkenalan dengannya dan lama-kelamaan anda menyukainya. Anda rasa dialah segalanya; tiada dah orang lain yang sesuai untuk andai cintai dan dibuat teman hidup, selain dari dia. Dan kini sudah sampai masanya untuk anda memberitahu ayah dan ibu untuk membawa perkenalan dan percintaan itu ke jinjang pelamin.

Tetapi tanpa anda duga anda dapati ayah dan ibu anda tidak setuju dengan pilihan anda. 

Apa anda nak buat?

Anda boleh ikut hati anda untuk berkahwin lari ke Siam.

Anda boleh makan hati sehingga kurus kering dan hidup tak tentu hala.

Jika anda perempuan, anda boleh bawa diri lari ikut lelaki yang anda anggap penyelamat dan diam entah di mana.

Atau anda akur dan putuskan hubungan begitu sahaja. Terima dengan rela hati.

Ada satu cerita. Ini cerita seorang gadis. Dia telah cuba dipikat oleh seorang teruna. Setelah berdepan beberapa kali, akhirnya gadis itu berkata: "Sebelum ada apa-apa antara kita, saya nak kamu berjumpa ayah dan ibu saya dulu. Kalau mereka kata okey, kita akan teruskan dalam jalan sebaiknya. Jika mereka kata tak payah, sampai sini sahajalah apa-apa rangcangan yang awak ada."

Ada satu cerita lagi. Ini seorang teruna yang sudah bertunang: " Mak! En nak putuskan tunang dengan Ena:

"Haa!!! La haula wala quata illa billah.... Kan lagi sebulan nak kawin. Kadpun dah keluar."

"En dah tak nak Ena. En tak tahan dengan perangai dia."

"Dulu kan Mak dah bagitau, tapi En nak juga. Sekarang dah tersepit nak suruh Mak putuskan tunang pula."

"Tu dah lepas Mak. Sekarang ni, tak kan Mak nak suruh juga anak Mak ini merana  sepanjang hayat."

"Dulu kalau tak turut kehendak En nak bertunang, Mak jadi susah. Ikutpun akhirnya susah juga."

Emaknya menangis dan sangat susah hati memikirkan macam mana nak beritahu kepada pihak perempuan, dan nak beritahu para jemputan yang perkahwinan itu dibatalkan.

Lagi satu cerita.  Ini cerita seorang gadis.

"Ayah, Mak, Siti nak putuskan tunang dengan Di."

"kenapa pula, kan kad dah siap cetak."

"Siti dah tak nak dia."

"Kenapa? Dah ada orang lain."

Diam.

"Kalau tak ada apa-apa tak payahlah putuskan." Menduga aje.

"Ada..."

"Dulu suka, sekarang dah tak suka.  Kenapa?"

"Dulu masa kat oversea tu tak ada orang lain. Ni dah balik ke Malaysia, banyak pula  jumpa orang lain."

Jangan cepat-cepat jatuh cinta sebelum kenal lebih dari seorang.


Kalau mahu cerita, masih banyak lagi cerita yang boleh dikongsi bersama. Tetapi intipatinya sama. Jika tak mahu dengar pandangan ibu bapa, besar kemungkinan perkahwinan itu ada masalah di hari muka.  Jangan tolak mentah-mentah pandangan ibu bapa terhadap pilihan anda. Ingatlah, Ibu bapa sentiasa berdoa semoga Allah memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

"Ya Allah. Engkau jadikanlah anak-anak ku (sebut nama-nama setiap satu) orang-orang yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa, dan kerniakanlah mereka dengan isteri-isteri/suami-suami dari kalangan orang-orang yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa.  Kurnikanlah antara pasangan-pasangan masing-masing anak-anak yang beriman, beramal soleh dan bertaqawa. Jadikanlah kehidupan mereka dalam suasana berkeluarga yang yang membangunkan agama dalam kehidupan dan rumahtangga mereka sehingga hari qiamat."

Jika anak-anak sudah ada  kenalan, mereka akan berdoa dan bersolat hajat:

"Ya Allah. Sekiranya (nama orang) adalah baik untuk dijadikan suami/isteri untuk  (nama anak) maka pemudahkanlah mereka sepertimana Engkau permudahkan perkahwinan antara Nabi SAW  dengan Saidatina Khadijah. Tetapi jika tidak baik maka Engkau pisahkanlah antara kedua mereka, seperti Engkau pisahkan langit dengan bumi. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu." 

Ibu bapa diberikan ilham dan perasaan hati atau gerak hati daripada Allah tentang buruk baiknya perhubungan antara anak-anak mereka dengan orang-orang yang anak-anak mereka inginkan menjadi teman hidup.  Tidak menghairankan jika apa yang dikatakan oleh ibubapa itu mempunyai kebenaran.

Anda!

Dua manusia yang sedang bercinta tidak dapat melihat akan masalah yang akan dihadapi oleh mereka jika mereka berkahwin nanti. Pasangan mereka itu adalah manusia yang paling baik, paling understanding, yang paling cool atau yang paling memahami diri anda. Tak ada dah orang lain dalam dunia ini yang macam dia. Apabila anda melihat orang lain (orang yang boleh dibuat calon pasangan) mereka itu semunya banyak kekurangan, sedangkan kawan yang anda ada pada masa itu seakan-akan perfect. 

Apabila anda dinasihati dengan mengatakan orang itu tidak seperti yang anda anggap, anda kata orang tak faham anda. Orang lain tak tahu sedangkan anda tahu segala-galanya tentang dia.  Itulah hujah anda setiap kali berbahas dengan orang lain, terutama ibu bapa anda.... orang lain tak faham!!

Memang pada masa itu anda rasa andalah yang betul dan pendapat orang lain semuanya salah.  Tetapi  sebagai orang yang terlibat, anda boleh diibaratkan sebagai katak di bawah tempurung. Anda sangka bumbung tempurung itulah langit. Tetapi orang lain yang melihat anda pula boleh diibaratkan sebagai katak di atas tempurung.  Mereka melihat langit yang sebenar, bukan langit yang berada dalam khayalan anda.   Untuk melihat seperti orang yang menasihati anda, anda perlu melihat diri anda dan hubungan anda sebagai orang lain.  Think out of the box., itulah jalannya. Barulah anda faham akan tujuan orang menasihati anda.  Barulah anda sedar bahawa yang tidak faham itu adalah anda sendiri dan bukan orang-orang yang cuba menasihati anda.

Anda.

Orang boleh berlakun. Orang boleh mempamer perangai yang elok dalam tempoh pertemuan yang singkat.  Pasangan anda tidak berada dalam pengesanan anda dalam tempoh yang berpanjangan. Perangai buruk, kekurangan dan kelemahan boleh di sorok jika hanya berjumpa dalam dua tiga jam.  Anda boleh teritipu dengan sifat  yang paling baik, paling understanding, yang paling cool atau yang paling memahami diri anda, yang pasangan anda tunjukkan dalam masa pertemuan yang singkat itu. Hati anda boleh dibutakan dengan kata-kata manis yang membuai perasaan, tetapi sebenarnya kosong belaka.  

Tetapi sudah berkahwin, anda akan tinggal sebumbung terus menerus. Sebilik dan sekatil pula tu. Masa itu perangai buruk dan kelemahan tidak dapat disorok lagi. Anda jadi sakit hati. Dinasihatipun tidak berkesan, malah menjadi asbab untuk bergaduh. Sekarang anda baru tahu betapa benar perasaan dan gerak hati yang telah disampaikan oleh ibu bapa anda sebelum anda berkahwin dahulu. 

Ada kalanya pasangan menganggap keburukan perangai dan kekurangan atau kelemahan itu dianggap sebagai perkara remeh. Semuanya boleh diselesaikan nanti apabila sudah berkahwin.  Persafahaman boleh dibentuk dengan masing-masing bertolak ansur. Memang  boleh, tetapi tidak semudah itu.  Perangai sukar untuk diubah. Perubahan sikap memakan masa yang lama. Itupun jika pasangan mahu berubah. Perangai panas baran sukar dibendung. Perangai ego sukar dihakis. Pada pendapat anda mana lebih baik mendapatkan pasangan yang diyakinimemiliki perangai dan sikap yang baik berbanding dengan pasangan yang anda kata perangai dan sikapnya boleh diperbaiki selepas berkahwin? 

Kadang-kadang sikap yang tidak disenangi ini nampak remeh sahaja. Tetapi apabila ia berlaku, sangat menyakitkan hati. Cuba renungi senario ini:

Bayangkan. Anda suami isteri dua-dua bekerja.  Hujung minggu pergi shopping barang-barang makanan (groceries). Semasa menolak trolly dan mangangkat barang masuk ke dalam trolly, suami anda ada bersama. Tetapi apabila sampai ke kaunter bayaran, suami anda sudah hilang kelibatnya entah di mana. Kalau setiap kali macam itu, tak bengang ke kepala anda sebagai seorang isteri? Perangai seperti ini sebenarnya boleh nampak semasa berkawan atau jika bertanya pada kawan-kawan dia. Cuma anda yang tak mahu tahu sebab anda mati-matian mempertahankan bahawa dialah orang yang paling baik di dunia ini.

Menyesalpun sudah tidak berguna. Masa takkan boleh diputar kembali. Takkan boleh anak yang sudah lahir hendak dimasukkan semula ke dalam rahim, supaya anda  jadi bujang semula.

Anda desak ibubapa anda untuk mengahwinkan anda dengan pilihan anda atau anda lari kawin di Siam, kedua-duanya sama menghadapi risiko seperti ini. Fikir baik-baik, berdoa dan bersolat hajat. Serahkan urusan pada Allah yang Maha Mengetahui.

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."  Al-Baqarah 2:216.

Walaupun ayat ini berkenaan peperangan, tetapi prinsipnya boleh digunakan untuk semua keadaan.  Allah mengetahu apa yang baik untuk diri kita sedangkan apa yang kita fikir baik itu sebenarnya buruk, dan sebaliknya.

"Cinta itu buta" ....

Cinta itu buta bukan dari pandangan fisikel, iaitu rupa paras, susuk badan dan ketinggian, ataupun harta kekayaan dan kemiskinan.  Sebenarnya yang dimaksudkan dengan buta itu ialah buta hati. Hati anda ditutupi oleh tipu daya yang membuai hati anda hanyut ke alam khayalan.  Sehinggakan anda boleh ditipu menjadi keldai dadah dan merengkok dalam penjara di marata-rata tempat di seluruh dunia.  Anda buta hati!  Ubatnya ialah memohon pertunjuk dari Allah dan berbincang hati ke hati dengan tulus ikhlas dengan ibubapa anda. 

Wallahu aalam.



Posted at 08:07 am by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry