Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< May 2011 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Tuesday, May 03, 2011
Mencari Jodoh

Bahagian II

Dalam Bahagian I kita telah bangkitkan tentang isu kekurangan calon suami yang sekufu dari segi agama dan ekonomi. Hujayh yang telah dikemukakan itu adalah   dari segi makro, maksudnya mengambil kira tentang bilangan keseluruhan calon-calon suami dan calon isteri yang sekufu. Di samping persoalan makro ini, kita juga boleh membincangkan isu ini dari segi mikro, iaitu dari segi individu. Secara jujur, bolehlah kita katakan isu mikro ini banyak melibatkan wanita yang sukar mendapatkan calon suami yang sekufu.

Untuk permasalahan mako, semua lapisan masyarakat perlu terlibat. Mengikut teori, setiap proses atau tindakbalas adalah dipengaruhi oleh faktor yang terhad. Dalam hal mencari jodoh ini, faktor yang terhad ialah lelaki yang berkualiti, iaitu lelaki yang setanding dari segi agama dan tahap ekonomi dengan wanita. Jika sekarang, nisbah pelajar institusi pengajian tinggi ialah 40:60 lelaki:perempuan, maka satu daripada punca penyelesaian ialah meningkatkan nisbah menjadi lebih kurang 50:50. Jika ini tercapai, maka setiap individu, sama ada lelaki atau perempuan akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan bakal pasangan apabila mencapai umur perkahwinan kelak.

Peningkatan nisbah lelaki ini bukan bererti menurunkan tahap kelayakan lelaki untuk memasuki universiti semata-mata untuk mencapai nisbah yang sesuai itu, Jika inilah caranya, lelaki yang memasuki universiti itu masih tidak berkualiti. Mereka tiada daya saing, mengambil segala perkara secara "take for granted" dan berbagai lagi ciri negatif yang diamalkan. Hasilnya, mereka mungkin hanya mampu mencapai nilai PNGK 2,0-2,5 sahaja apabila bergraduasi.  Dalam keadaan yang lebih teruk mungkin juga mereka tidak berminat untuk belajar dan kandas sebelum tamat pengajian. jika inilah risiko yang akan berlaku, lebih munasabah dan adil, tempat-tempat itu diberikan pada yang layak sahaja, tanpa mengira aspek jantina.  Oleh yang demikian cara yang betul-betul berkesan hendaklah dilkukan bagi mengatasi nisbah pelajar lelaki:perempuan yang tidak seimbang itu.

Seperti yang saya katakan di atas aspek makro ini melibatkan semua lapisan masyarakat, Setiap keluarga mesti mengambil langkah supaya menumpukan pelajaran anak-anak mereka. Jika anak perempuan mereka menunjukkan tahap pencapaian yang lebih tinggi maka ibubapa mesti mendekati anak-anak lelaki mereka bagi mengetahui sebab-musabbab pencapaian pelajaran anak lelaki mereka itu rendah. Jika anak-anak lelaki itu adalah lebih muda dari anak perempuan, minta kakak-kakak mereka untuk menolong dan juga memberikan semangat untuk belajar dan meningkatkan pencapaian akademik. Semoga anak-anak lelaki itu tidak terabai dan terus ketinggalan.

Saya berikan satu senario,  Andainya ada dua keluarga yang masing-masingnya mempunyai lima orang anak. Keluarga pertama mempunyai dua anak lelaki dan tiga anak perempuan. Keluarga kedua mempunyai tiga anal lelaki dan dua anak perempuan. Katalah kesemua anak-anak dari keluarga pertama berjaya memasuki universiti dan mencapai kelulusan yang tinggi. Anak-anak ini pula telah dididik untuk mengerjakan solat dan berakhlak baik sejak dari kecil lagi. Jadi apakah sumbangan keluarga ini terhadap dana calon-calon suami dan calon isteri? Tentu sekali, keluarga itu menyumbangkan dua orang lelaki yang berjaya dari segi kerjaya  (ekonomi) dan juga agama.

Sekarang kita lihat pula keuarga kedua. Katalah keluarga kedua ini tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada pelajaran anak-anak. Katalah seorang daripada anak perempuan berjaya dengan baik di universiti, sementara yang satu lagi mendapat kelulusan diploma sahaja. Dua orang anak lelaki pula hanya mampu mendapatkan sijil kolej komuniti, sementara yang seroang lagi menjadi kutu jalan. Agamapun masing-masing juga, Ada yang baik agamanya dan ada yang acuh tak acuh sahaja. Dalam keadaan ini, apakah sumbangan keluarga kedua ini kepada dana calon-calon bakal suami atau isteri yang sekufu dari segi ekonomi dan agama?

Sekarang kita lihat pula senario yang akan timbul apabila sampai masa untuk berkahwin. Kelima-lima atau sekurang-kurangnya empat anak-anak perempuan dalam dua keluarga itu berharap dapat suami yang berkelulusan ijazah universiti. Jika tidak berkelulusan universitipun mungkin teguh dari segi ekonomi dan juga agama.  Anak-anak lelaki keluarga pertama boleh memilah pasangan hidup dari wanita yang berkelulusan universiti atau diploma kolej, sedangkan anak-anak lelaki keluarga kedua pula lebih sesuai dan wanita yang berkelulusan yang sama dengan sijil atau setakat SPM sahaja.

Okey, mari kita buat analisis tentang sumbangan dua keluarga tersebut tentang sumbangan masing-masing.  Keluarga pertama menyumbangkan dua orang calon suami lelaki yang bekelulusan universiti dan menyumbangkan tiga orang bakal isteri bekelulusan universiti. Tetang "sumbangan" dalam bentuk calon isteri ini boleh juga dianggap sebagai "demand" atau "keperluan" pada calon suami. Pendefinisian ini adalah berdasarkan pada kenyataan bahawa calon suami yang sekufu adalah fakta terhad. Dalam keadan ini sumbangan keluarga pertama ialah -1; iaitu masih kekurangan dalam memberikan sumpangan pada dana seorang calon suami. 

Sebaliknya keluarga kedua tidak ada menyumbangkan seorangpun calon suami bagi calon-calon isteri yang berkelulsan ijazah. Bukan begitu sahaja, mereka tidak juga mampu menyumbangakan calon-calon ataupun berkelulusan diploma,  Pun begitu bagi anak-anak perempuan mereka, ibubapa keluarga kedua itu tetap mahukan anak-anak perempuan mereka berkahwin dengan calon-calon suami yang berijazah.  Jadi, keluarga kedua ini menyebabkan susut sebanyak -2 orang dari dana calon=calon suami dalam pasaran.

Cuba fikir senario sebaliknya, iaitu keluarga pertama mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan; keluarga kedua pula mempunyai dua orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Maka  keluarga pertama menyumbangkan kelebihan seorang calon suami kedalam dana, sementara keluarga kedua menyebabkan susut sebanyak tiga orang calon suami dalam dana. Perkiraan dari segi sekufu dalam aspek agamapun boleh dikatakan sama juga. Jadi, adilkah keluarga kedua terhadap keluarga lelaki?  Keluarga pertama, dengan nisbah anak lelaki dan perempuan yang dikurniakan Allah kepadanya, mereka didik kelima-lima anak mereka kepada dana manusia yang berguna. Oleh sebab keadaannya begitu, ada kemungkinan salah seorang dari anak-anak perempuan mereka sukar mendapat pasangan hidup.

Keluarga kedua yang mensia-siakan kurnian Allah dan mengentengkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dari segi pelajaran dan agama hanya tahu menikmati kebaikan yang telah diusahakn oleh orang lain. Dalam kata kasar, anak lelaki sendiri disia-siakan potensi mereka, tetapi apabila anak perempuan sendiri telah mencapai kelulusan tinggi, mereka mengharapkan agar anak-anak perempuan mereka itu dapat suami dari kalangan orang yang berkelulusan tinggi juga.  Jika mereka menyedari bahawa semua orang mahukan anak-anak perempuan mereka berpeluang mendapat suami dari kalangan calon-calon suami yang berkelulusan tinggi dan beragama, merekapun perlu bekerja keras untuk menyumbangkan calon-calon suami yang sekufu bagi anak-anak perempuan mereka ke dalam dana. 

Ingatlah, menyediakan calon-calon suami dan isteri yang sekufu adalah tanggung jawab bersama. Sediakanlah calon-calon itu dengan memberikan perhatian yang tidak berbelah bahagi kepada pendidikan agama dam pelajaran sejak mereka kecil lagi. Tujuan saya membangkitkan isu ini bukan hendak menimbulkan rasa marah kepada sesiapa, tetapi memberikan gambaran keseluruhan berkaitan permasalahan  yang dialami oleh sebahagian dari wanita-wanita yang berkelulusan tinggi pada masa kini. Kenapa kita mesti mengambil berat tentang isu ini? Sudah semestinya kita mengambil berat, sebab mereka itu adalah anak-anak kita, kakak-kakak kita, adik-adik kita, saudara-saudara kita.  Apa yang mereka rasakan, kita juga patut merasakan demikian, tidak kira kita lelaki atau wanita yang bernasib baik kerana dikurniakan suami-suami yang sekufu dan bertangungjawab.

 


Posted at 08:37 am by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry