Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< March 2011 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Thursday, March 31, 2011
Menjadi Pelajar Siswazah (7)


Okey��

Sebenarnya matlamat yang pertama tu dah cukup untuk membantu anda berjaya dalam misi anda untuk mendapatkan ijazah master atau PhD. Ya lah.  Kalau dah beri tumpuan sepenuhnya dan sepenuh hati pula, mana tak banyaknya kerja penyelidikan dan pembacaan yang anda buat dalam enam bulan pertama anda memasuki program Master itu? Dan anda buat pun kerja-kerja tu secara istiqamah atau konsistan. Maka hanya orang yang tak pandai saja yang boleh tak dapat apa-apa dalam tempoh itu.  Dan, secara logiknya kalau anda telah diberikan kepercayaan oleh penyelia anda dengan menawarkan anda status RA, sudah tentunya anda pandai. Kan? 

Jangan la anda senyum aje kena puji ni. Banyak lagi la yang saya nak ceritakan, yang boleh membuat anda rasa tercabar atau terdorong untuk bertambah tekad untuk berjaya.  Itupun kalau anda nak dengar�. Sorry, nak baca. 

Sebelum itu, saya bincang sikit tentang tulis-menulis ni. Sebabnya,  kadang-kadang saya terfikir pula ada ke orang nak baca tulisan yang macam ini ni? Ada faedah ke pada dia orang yang cuba-cuba nak jengok kat website ni? I wonder!  Tapi sebab rasa nak tulis, teruskan ajelah menulis ni.... mudah-mudahan ianya berfaedah. 

Berbalik kepada tujuan asal saya menulis di ruang blog ni ialah untuk  membicarakan tentang dua lagi ciri matlamat, iaitu ciri "dalam tempoh dua tahun", dan "tesis yang cemerlang".  Pada mula-mula tadi saya dah kata, kedua-dua ciri ini tak perlu disebut dah sebab sudah jadi natijah kalau ciri yang pertama telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh.  Kerana secara automatiknya ciri yang kedua dan ketiga itu terjana. 

Ya. Betul.

Tapi kan, otak kita ni selalu aje terlupa benda. Kalau tak terlupapun, otak kita tu akan meletakkan apa yang kita tak sebut itu di bahagian belakang atau backroom.  Maksudnya, kalau otak diibaratkan sebagai paparan komputer, fail yang sedang kita buka adalah fail yang paling aktif, sementara yang lainnya akan dikesampingkan. Jadi, untuk fail-fail yang lain itu kembali menjadi aktif sepenuhnya, kita harus klik dia dan bawa dia ke hadapan atau ke paparan.  Lepas itu barulah jentera komputer itu memberikan tumpuan maksima kepada fail-fail itu. Berbalik kepada ciri  matlamat, ini bermakna kita mahukan apa-apa yang penting itu sentiasa berada di alam minda sedar atau minda aktif ataupun minda segar (tak berapa lama dulu saya ada dengar Prof. Dr. rof Dr Muhaya Muhamad gunakan istilah ini). Bila ia aktif dan segar pula, maka kita akan sentiasa terdorong untuk mencapai matlamat itu.  Bila terdorong, maka kita akan terus menerus akan berada dalam keadaan bermotivasi, insya Allah.

Do you follow me so far?

Okey.  Cuba kita ingat balik ciri matlamat yang pertama.  Apa dia? Sepenuh masa. Ya. Fokus sepenuh masa. Berhenti sekejap. Saya nak anda fikirkan apa akan jadi pada anda jika anda memberikan fokus sepenuh masa siang dan malam 5-6 hari seminggu terhadap kerja penyelidikan anda? Tentu anda akan jadi  keletihan. Anda akan diserang rasa jemu�. Boring weh! Mungkin itulah kata keluhan hati anda.  Boleh bayangkan tak, berapa lama anda tahan kalau anda berkeadaan begini?   Seminggu? Sebulan, dua bulan? Dalam keadaan anda keletihan dari segi otak dan dari segi tenaga, kemungkinannya anda tak dapat bertahan lama.  Anda akan menghadapi keadaan burnt out�. padam. Bukan padam mati, tetapi padam  semangat, padam motivasi.  Akhirnya, anda meninggalkan makmal penyelidikan untuk mencas bateri dalam diri anda.  Kalau lambat proses mencas itu, maka lambatlah anda kembali ke makmal untuk menersukan penyelidikan. Hasilnya, masa terbuang dan hasil penyelidikan kurang memuaskan. Jika masa terbuang maka tidaklah dapat anda menghabiskan pengajian master anda dalam tempoh dua tahun. Dan bertambah boringlah perasaan anda jadinya.

Sebaliknya, jika kedua-dua ciri matlamat kurang dua tahun dan tesis yang cemerlang itu sentiasa berada dalam minda segar anda, insya Allah anda akan menjadi lebih kuat. Kuat dari segi tenaga dan kuat dari segi ketahanan mental.  Kerana anda bermotivasi dan motivasi itu sendiri adalah sumber tenaga dalaman yang sangat kuat. Kekuatannya boleh memandingi unsur-unsur negatif yang cuba memasuki minda dan hati anda. Itulah sebabnya nak cakap sangat-sangat tentang itu kepada anda.

Lagi satu, tempoh dua tahun itu adalah tempoh yang optimum untuk anda dianugerahkan ganjaran terhadap usaha-usaha yang anda telah lakukan.  Ganjaran apa, ya?  Tentu sekali ganjaran dalam bentuk segulung ijazah sarjana atau master. Percayalah anda bahawa di saat itu anda akan berasa betapa seronoknya dapat ijazah seperti itu. Segala jerih-perih dan masa yang anda telah korbankan selama dua tahun itu terasa berbaloi. Hiduppun rasa lapang, dan alam terasa begitu luas untuk diterokai. Bagaimana rasa kalau anda dapat memijakkan kaki anda di puncak gunung Kinabalu?  

Dalam tempoh masa yang menyeronokkan itu boleh aje anda nak fikir benda-benda lain. Seperti melancong ke, berehat ke, atau terus aje apply kerja. Dah ada master ni laku sikit la berbanding dengan kawan-kawan anda yang hanya berpuas hati dengan ijazah pertama sahaja. Melancong, berehat dan memohon kerja itu hanya sebahagian dari option yang terbuka kepada anda. Ada lagi option lain, seperti sesetengahnya yang dah mula intai kat Habib Jewel tu. Kut-kutlah dah ada pasangan yang sedang menunggu.  Maksudnya, sudah boleh membuat rancangan lain, seperti �� nak kawin dulu ke sebelum meneruskan pengajian ke peringkat PhD pula. Ataupun anda melupakan dahulu hasrat untuk berumahtangga; tak nak terganggu dengan hal-hal yang mencairkan tumpuan yang kian membara. Walau apapun, oleh kerana anda dalam keadaan upbeat dengan kemajuan diri anda, anda mungkin mahu sahaja terus maju. Anda tak nak toleh ke belakang.  Ya lah bukan senang nak dapat PhD!  Itulah gambarannya kalau anda dapat habiskan ijazah master anda dalam tempuh dua tahun. Yang pentingnya, pelbagai macam benda yang anda boleh fikir, dan boleh buat pula tu. Free to do anything la weiii��!!! Seronok kan?

Tapi sebenarnya itu baru visualisai anda. Anda belum pun mula lagi. Bincang tetang matlamat pun belum habis lagi.

Okey, ciri matlamat yang ketiga ..... Menghasilkan sebuah tesis yang cemerlang. Jangan lupa tentang ini, ya. Kerana ini adalah juga satu ciri penting pada matlamat yang anda telah pahatkan ke dalam minda dan hati anda. Dan sebelum memahatnya, anda telahpun membuat definisi terhadap perkataan itu.  Dan semasa anda membuat definisi itu, anda, sebagai seorang yang terpelajar, tidaklah main taram sahaja, kan? Tentulah anda telah buat homework dahulu.  Anda selak buku, dan anda layari Internet, dan anda akhirnya menjumpai definisi itu. Satu definisi yang kalau ditunjuk kepada bakal penyelia anda, diapun akan setuju. 

Definisi itu...... Bagi anda, cemerlang adalah berkaitan dengan kualiti tesis yang tinggi. Kualiti sesebuah tesis bergantung kepada dua faktor, pertama isinya dan kedua pengolahannya. Ibaratlah ya, ada dua buah kedai kek sebelah menyebelah. Di kedai kek yang pertama, ada seorang chef yang handal. Dia hanya beli ingredient yang berkualiti tinggi sahaja.  Selepas di "baking" dengan expertisenya yang tinggi dia dekorasikan (bukan setakat bubuh) pula dengan icing dan kemudian diletakkan ke dalam kotak yang sangat cantik design-nya.  Perbandinagn .....  Kedai kek sebelahpun nak tiru macam tu. Ingredient-nya sama hebatnya, tetapi pembuat keknya taklah gempak macam di kedai sebelah, dan untuk menjimatkan perbelanjaan, kotak keknya dibuat ala kadar sahaja.  Tidak susah kan nak teka kek yang mana orang akan beli?  Juga kita tak hairan kedai kek mana yang akan menjadi tumpuan orang-orang penggemar kek. Ukurannya, kecemerlangan  dalam kes bisnes kek ini ialah sambuatan pelanggan �. Berapa banyak kek yang dijual.

Begitulah juga dengan kes tesis ni.  Ukuran cemerlangnya ditentukan oleh dapatan kajian yang telah dilakukan.  Ukuran kecemerlangan ialah berapa pentingkah sumbangan dapatan tesis anda kepada ilmu dalam bidang yang anda ceburi itu?  Adakah sumbangan itu berbentuk satu penemuan baru (penemuan yang novel) dan akan melonjakkan bidang itu ke tahap yang lebih maju? Atau dapatan hasil tesis itu sekadar mengulang hasil kajian orang lain dengan menggunakan bahan-bahan tempatan sebagai bahan kajian?  Betul hasil kajian anda ilmiah, tetapi ianya hanya berperanan sebagai penyokong yang menguatkan lagi konsep yang telah dijanakan atau diterokai oleh orang lain.

Seperti contoh kek, ukuran kepada kecemerlangan untuk sesebuah tesis juga diukur atas lakunya pada pelanggan. Laku di sini bermaksud kebolehannya untuk diterbitkan sebagai kertas kerja dalam jurnal yang terkemuka di dunia. Semakin kompetitif jurnal itu semakin tinggilah kualiti tesis anda. Sebaliknya, jika tesis anda hanya setakat mengokohkan dapatan yang sudah dikonsepkan oleh orang lain, maka kertas-kerja yang dihasilkan daripada tesis anda itu hanyalah dapat diterbitkan dalam jurnal tempatan sahaja. Jadinya, tesis yang cemerlang sama dengan kek yang tinggi kualiti dan tesis yang biasa-biasa aje samalah macam kek yang biasa-biasa aje.

Itu tentang isi atau ingredient kek. Pengolahan tesis pula melibatkan kepandaian dan skil anda untuk mengarang dan mempersembahkan dapatan hasil itu dalam bentuk yang terbaik, sehingga orang seronok membacanya.  Ini kita akan bincangkan pada masa akan datang � iutupun kalau anda masih berminat nak tau. Apapun perbandingannya dengan membuat kek tadi, seorang chef yang handal dapat mengadun ramuan yang berkualiti dan kemudaian dapat menyerikannya dengan icing, dan seterusnya membungkusnya dengan kotak yang cantik design-nya.  Dan untuk kek yang biasa-biasa tu kita tak payah sebutlah ya. Tau-tau sendirilah, ya. Tapi yang eloknya jangan sebut langsung. Jangan register benda yang rendah kualiti tu dalam minda anda. Full stop!

Dan sekarang anda sudah bersedia untuk pergi mendaftar.  Maka pada kali yang akan datang, Insya Allah, kita cerita tentang pendaftaran �.. Good luck!



Posted at 08:10 am by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry