Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< December 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Tuesday, December 07, 2010
Asmaul Husna (1)



Allah Maha Melihat (Al-Basir)

Al Basir ialah satu daripada 99 nama Allah yang dinamakan Asmaul Husna. Nama Allah itu juga bermakna sifat Allah. Apakah maknanya jika kita kata Allah itu Maha Melihat? Adakah Allah melihat sebagaimana kita melihat? Adakah Allah ada mata macam kita? Kita dilarang untuk memikirkan dan membahaskan zat Allah kerana apa sahaja yang kita fikirkan akan zat Allah itu, semuanya salah. Kerana kita tidak mengetahui sedikitpun tentang alam ghaib, kecuali yang diberitahu sendiri oleh Allah melalui kitabnya dan rasul-rasulnya. Jadi, apa sahaja bentuk yang kita fikirkan tentang Allah, semua itu bukan Allah. Kerana tidak ada satu bendapun didalam alam ini yang menyerupai Allah (Surah Al-Ikhlas).

Yang kita digalakkan melakukan ialah memikirkan akan kebesaran dan keagungan Allah, dengan memahami maksud Asmaul Husna itu. Untuk kali ini mari kita fikirkan tentang nama Al-Basir. Tetapi sebelum kita membahaskan persoalan ini, eloklah kalau kita bahaskan dahulu makna melihat yang berlaku pada manusia. Dalam kata lain, macam mana manusia melihat? Secara fisikalnya, manusia melihat melaui mata. Kita melihat apa yang ada di hadapan kita, tetapi kita tidak dapat melihat benda yang di belakang kita, atau yang terlindung di sebalik dinding. Kalau kita menatap dinding sebuah bilik dan di bilik bersebelahan pun ada orang yang menatap dinding yang sama, maka mising-masing tidak dapat melihat orang yang berada di bilik bersebelahan, walaupun mereka berada hanya setengah meter jarak antara satu sama lain.

Ternyata, kita melihat hanya yang dekat, tetapi kita tidak boleh melihat benda yang jauh. Kita mungkin boleh melihat sajauh satu kilometer tetapi kita tidak boleh melihat benda yang berada dua kilometer jauhnya. Kita boleh melihat benda yang sedang berlaku sekarang, tetapi kita tidak dapat melihat apa yang kita lihat satu minit yang lalu, satu jam yang lalu dan seterusnya. Kita boleh melihat benda yang besar seperti gunung atau yang kecil seperti semut, tetapi kita tidak boleh melihat benda sekecil bakteria atau molekul.

Apabila kita meneliti, menilik atau menumpukan pandangan pada sesuatu benda, kita tidak dapat melihat yang lain. Apabila kita melihat pada seseorang, kita hanya melihat dia sebagai orang sahaja. Mungkinkah kita dapat melihat darahnya yang sedang mengalir di dalam badannya? Mungkinkah kita dapat melihat jantungnya yang sedang aktif dan berterusan mengepam darah itu? Mungkinkah kita dapat melihat sel-sel darah yang ada di dalam darah? Mungkinkanh kita dapat melihat molekul-molekul hemaglobin di dalam sel darah itu? Mungkinkah kita dapat melihat molekul-molekul oksigen yang sedang dibawa oleh hemaglobin? Mungkinkah kita dapat melihat tindak balas yang menukarkan oksigen kepada karbon dioksida semasa penafasan? Mungkinkah kita dapat melihat perpindahan satu elektron dari satu atom kepada atom yang lain? Tentu tidak boleh! Kita tidak mungkin dapat melihat semua itu. Pandangan kita dihadkan oleh jarak, masa, saiz, tumpuan dan terlidung atau tidak terlindung. Pandangan kita terbatas dan dibatasi oleh kekurangan kita. Kita serba kekurangan sebenarnya. Pandangan Allah adalah sangat luas: "....Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekelian hambanya, lagi amat melihat dan memerhatikan."

Allah maha sempurna. Tidak terbatas oleh apa-apa. Kerana semua yang ada dibumi dan dilangit Dia yang mencipta. Dia melakukan apa-apa sahaja yang Dia kehendaki dan melihat sesiat satu yang Dia hendak lihat. Dan Allah boleh melihat semua makhluk yang ada di alam ini sekali gus. Allah boleh nampak semua ikan yang ada di dalam lautan, dan di dalam sungai di seluruh dunia sekali gus. Tidak kira sama ada ikan itu sedang berenang di permukaan air maupun berehat di dasar laut yang paling dalam. Pada masa yang sama Allah boleh melihat semua manusia tidak kira di mana mereka berada, baik di tengah bandaraya London maupun di tengah-tengah hutan belantara Amazon di Brasil. Allah melihat semua bakteria dan virus yang kecil di seluruh pelusuk bumi pada setiap detik. Allah boleh melihat semua yang ada di alam ini, tidak kira sekarang, semalam ataupun esok, setahun yang lalu atau setahun yang akan datang. Semua itu Allah dapat lihat sekali gus. Allah melihat kita, bukan sahaja kita sebagai satu badan, tetapi Allah dapat melihat semua yang ada di dalam badan kita. Allah melihat organ kita, sel-sel kita, dan molekul-molekul yang ada di dalam badan kita.

Allah menyaksikan semua tindak balas kimia yang sedang berlaku di dalam badan semua manusia, haiwan dan organisma-oraganisma yang Dia telah cipta sekali gus. Penglihatan Allah tidak dibatasi oleh jarak, masa, saiz atau tumpuan. Tidak ada suatupun yang terlindung datipada Allah Subhanahu wataala. Biarpun dalam sebuah gua yang gelap, Allah dapat melihat kita. Ini ditegaskan dalam Surah Al-Mulk hujung ayat 19 "...... Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu."

Semua yang di atas adalah dari segi fisikal. Maksud, apa yang kita ada, semua dilihat oleh-NYa, tidak terkecuali segala perbuatan ciptaannya. Apa saja yang kita buat Allah melihat. Kita tidak dapat lari maupun bersembunyi dari Allah. Kerana Allah yang mencipta semua yang ada di bumi. Semua itu adalah hamba Allah, dan sentiasa bertasbih kepada-Nya (Sila lihat Surah Al-Isra':44). Di sebalik apa sahaja kita cuba bersembunyi atau berselindung, tempat kita bersembunyi itu akan memberitahu kepada-Nya, walaupun benda itu satu rumah yang buruk sekalipun. Allah menegaskan bahawa Dia lebih dekat dari urat leher manusia (Surah Qaf:16) dan kepada orang yang sedang nazak mengahdapi mati bebanding orang-orang yang sedang menghadapi orang yang sedang nazak itu, sedangkan orang-orang itu tidak dapat melihat yang Allah itu dekat (Surah Al-Waqiah:85).

Allah mlihat setiap gerak-geri makhluk dibumi. Setiap insan yang kesusahan dan memohon pertolongan, Allah melihatnya: ".... dan sesungguhnya Allah amat mendengar lagi amat melihat." (Surah Al-Hajj:: 61). Allah juga mengetahui setiap satu perkara yang dilakukan oleh manusia. Allah melihat setiap maksiat, syirik dan kufur yang mereka dilakukan.  Firman Allah:  "...Dan Allah tidak lalai daripada apa yang mereka lakukan" (Surah Al-Baqarah:85). Kemudian ia akan dihisab di akhirat, tidak kira kecil atau besar. Bagi mereka yang degil itu, Allah mencabar: "...Buatlah apa yang kamu suka. Sesungguhnya Allah amat melihat akan apa yang kamu lakukan." (Fussilat:40). Dalam satu kisah, Saidina Umar telah mendengar satu perbincangan antara seorang anak perempuan dan ibunya tentang susu yang hendak dijual pada esok harinya. Si ibu menyuruh anaknya menambah air ke dalam susu tersebut, tetapi anaknya tidak setuju. Si ibu berkata, Saidina Umar tak nampak. Si anak terus menjawab bahawa walaupun Saidina umar tak nampak, Tuhan Saidina Umar nampak. Sebagai hamba yang patuh, inilah pendekatan yang kita perlu ambil dalam mengharungi kehidupan ini. Renungi ayat-ayat dari Surah Qaf ini:

31: Dan didekatkan syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari neraka).
32. (serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu,  --- kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadah), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (akan segala hukum dan peraturan Allah)."
33. "(Iaitu) Orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhan) yang Maha Pemurah dalam keadaan dia tidak dilihat orang dan dalam dia tidak melihat azab Tuhan, serta dia datang (kepada Tuhannya) dengan hati yang tunduk taat."

... dan juga ayat dari surah Al-Mulk:

12. Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhan-nya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan-nya, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Kerana mereka ini yakin bahawa  Tuhan-nya sentia melihat dan memperhatikannya. Ini ditegaskan pada hujung ayat 33 Surah Ali Imran :  "...... Dan Allah sentiasa melihat akan hamba-hambanya".  Hamba-hamba yang bertaqwa, yang yakin bahawa kesenangan dunia ini tiada bandingannya dengan nikmat yang dianugerahkan kepada mereka di akhirat kelak. (Lihat terjemahan Surah Ali Imran ayat 14-17).


Posted at 06:08 pm by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry