Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< September 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Sunday, September 19, 2010
Menjadi Pelajar Siswazah (3)


sambungan....

Memang benar program sarjana/master melalui kerja kursus ada kekurangan. Pertama dari segi pengalaman melakukan penyelidikan, kedua peluang untuk mendapatkan bantuan kewangan.

Dalam program kerja kursus, pelajar akan melakukan penyelidikan yang tidak seluas (ekstensif) dan tidak sedalam (intensif) seperti jenis program sarjana melalui tesis. Komponen projek ini biasanya dalam lingkungan 25-30% sahaja daripada keseluruhan beban (credit) keseluruhan program. Sesetengah bakal penyelia bagi program PhD atau Doktor Falsafah menunjukkan kurang minat untuk mengambil pelajar yang lulus sarjana melalui program kerja kursus. Alasannya ialah pelajar ini kurang pendedahan dalam melalukan penyelidikan. Namun kalau kita tinjau program-program PhD yang ada di Malaysia ketika ini, ada peruntukan untuk pengambilan terus graduan-graduan Sarjana Muda/Bacelor yang mendapat PNGK 3.7 ke atas. Cuba kita bandingkan graduan ini dengan lulusan sarjana melalui kerja kursus. Tidakkah lulusan sarjana melalui kerja kursus ini telah mempunyai pengalaman yang lebih dalam melakukan penyelidikan? Tidakkah mereka mempunyai ilmu yang lebih mendalam disebabakan mereka mengikuti kursus formal yang sangat intensif pada peringkat yang lebih tinggi? Tidakkah ilmu yang lebih tinggi itu membuatkan mereka menjadi lebih tinggi tahap keilmiahan dan keintelektualan berbanding graduan Sarjana Muda/Bacelor? Baik. Fikirkan sendiri.

Dari segi bantuan kewangan pula, pelajar sarjana kerja kursus biasanya tidak ada peluang untuk mendapatkan bantuan kewangan seperti pelajar yang mengikuti program sarjana melalui tesis. Apakah bentuk/sumber kewangan yang boleh dipohon oleh pelajar sarjana melalui tesis? Kita akan bincang dalam topik seterusnya. Tetapi jika anda memang ada wang simpanan dan juga bantuan dari ahli kelurga, pesoalan ini tidak timbul. Dalam hal ini, bakal pelajar graduan Sarjana Muda/Bacelor yang berminat dari awal lagi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana melalui kerja kursus, berjimatlah semasa menjalani program Sarjana Muda. Elakkan pembaziran wang melalui telefon bimbit dan perbelanjaan lain yang tidak perlu. Berkorban wang ringgit dan bertahan melawan kemahuan. Jika di izinkah Allah, anda akan bergraduat dengan ijazah sarjana dalam tempoh 12-18 bulan, sedang kawan-kawan anda yang mengikuti kursus sarjana melalui tesis masih terkial-kial di dalam makmal. Semasa kawan-kawan anda itu menerima ijazah sarjana masing-masing, anda sudah separuh jalan dalam program PhD yang anda ikuti.

Program sarjana melalui tesis yang diamalkan di universiti-universiti di Malaysia berlainan dari segi strukturnya. Ada universiti yang menawarkan Tesis sahaja dan tesis dengan sedikit kerja kursus (Mix mode). Ada juga universiti yang mendefinisikan program sarjana melalui tesis ini sebagai satu program yang ada komponen tesis sebagai komponen utama (70-80%), tetapi pelajarnya diwajibkan untuk mengambil (dan lulus dengan gred B) bebera kursus formal pada peringkat tinggi dalam bidang pengkhususan. Banyaknya kursus-kursus formal yang diwajibkan bergantung pada universiti. UKM mewajibkan 10 kredit, UPM lebih daripada itu.  Kenapa berbeza? Masing-masing universiti ada falsafah mengapa mereka merangka struktur program seperti itu. Yang penting bagi bakal pelajar dan orang awam, mereka diberikan pelbagai alternatif untuk memilih yang sesuai untuk mereka.

Secara teorinya, tesis yang dihasilkan oleh pelajar sarjana memalui tesis sahaja (iaitu 0% kursus formal) lebih luas dan lebih mendalam (lebih ektensif dan lebih intensif) berbanding dengan tesis yang dihasilkan oleh pelajar yang mengikuti program sarjana secara tesis dengan kerja kursus formal. Pada pengamatan saya, tidak ada perbezaan antara keduanya sama ada dari segi keluasan dan kedalaman. A thesis is a thesis! Pemeriksa tesis sarjana (biasanya pensyarah-pensyarah dari universiti-universiti lain) tidak membezakan sama ada tesis itu dihasilkan melalui program tesis sahaja atau tesis dengan kerja kursus. Setiap penyarah ada "perasaan" atau "pertimbangan" intelektual tentang apa yang boleh diiktiraf sebagai sebuah tesis sarjana. Maksudnya, piawai (standard) minimum bagi seseorang yang berhak dianugerahkan ijazah sarjana itu sudah tertanam di dalam diri seorang pensyarah. Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang kualiti penyelidikan yang ada lakukan dan tesis yang anda tulis apabila anda mengikuti program 'mixed mode' atau program sarjana melalui tesis dengan kerja kursus. Anda tidak perlu bimbang yang kualiti tesis anda itu lebih rendah daripada tesis yang dihasilkan melalui program tesis sahaja.

Yang jelas masa yang berharga banyak terbuang begitu sahaja. Semasa semester pertama dan kedua pelajar program tesis bersama kursus berulang alik dari makmal (memulakan penyelidikan) ke bilik kuliah (mengikuti kursus formal), pelajar program tesis sahaja terkial-kial atau mati kutu dalam makmal, tidak berapa yakin apa yang hendak dilalukan dan bagaimana hendak melakukannya. Apabila habis semester pertama, tidak banyak yang mereka lakukan. Hendak membaca kertas kerja ilmiahpun tidak berapa faham kerana tahap pengajian sarjana muda 3 tahun tidak menjajikan graduan dapat mencapai tahap keintelektualan yang cukup untuk melakukan kerja ilmiah pada tahap sarjana. Akhirnya, keadaan ini akan melewatkan pelajar menyelesaikan kerja penyelidikan tesis mereka, dan seterusnya melewatkan mereka bergraduan, kadang-kadang sampai melebihi 3 tahun.

Satu fakta yang tidak dapat dinafikan ialah graduan sarjana yang mengalami kelewatan untuk bergraduan akan hilang semangat untuk meneruskan pengajian ke peringkat PhD. Semuanya bergantung pada pelajar. Dia bertanggung jawab atas pilihannya sendiri. Orang lain hanya dapat memberikan pandangan secara umum. Jka dia berasa program tesis sahaja lebih sesui untuk dia, maka dia harus mengambil langkah untuk mengatasi kekurangan yang dia ada. Semua atas initiatif diri dia sendiri. Jika dia memilih program-program bentuk lain, diapun ada tugas yang dia perlu penuhi. Mengambil kursus formal setakat untuk memenuhi keperluan lulus kursuspun tidak berfaedah untuk masa depannya sebagai seorang pelajar PhD atau sebagai seorang pegawai di jabatan kerajaan atau syarikat swasta

Kesimpulannya, memilih universiti dan bentuk pengajian pada peringkat sarjana bergantung kepada beberapa faktor terutamanya kewangan. Untuk bakal pelajar sarjana yang berpandangan jauh, mereka lebih memikirkan tentang keuntungan (benifit) mengikuti program-program tertentu bagi membantu mereka dalam cita-cita meneruskan pengajian hingga ke peringkat PhD.


Posted at 09:31 am by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry