Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Tuesday, September 01, 2009
Mikrobilogi Asas (4)


Bab 2: Struktur dan Fungsi Sel Bakteria



Sel bakteria adalah terdiri dari sel jenis prokariot. Secara fungsinya sel prokariot adalah uniselular, dan setiap sel boleh hidup secara sendiri. Sel prokariot berbeza kerana ketiadaan membran nukleus, ketiadaan mitokondria (dan organel organel yang bermembran yang lain) dan juga ketiadaan protein histon yang berdamping dengan molekul DNA. Di samping itu dalam bakteria, dinding sel mengandungi bahan peptidoglikan berbanding dengan selulosa dalam organisma eukariot. Ciri ciri di atas menyebabkan sel prokariot membahagi secara belahan dedua berbanding dengan proses mitosis dan meiosis yang berlaku dalam sel eukariot.

Setiap sel terdiri daripada dinding sel, yang tegar dan protoplas yang dikandunginya. Protoplas pula terdiri daripada membran sel, sitoplasma dan nukleus. Dari segi kedudukan komponen sel bakteria boleh dikumpulkan kepada tiga, iaitu permukaan sel, dinding sel dan kandungan protoplas. Di dalam sitoplasma secara amnya tidak berstruktur dan tidak dan dari itu tidak terdapat organel organel seperti dalam sel eukariot. Organel hanya terdapat pada permukaan dinding sel.

Terdapat beberapa struktur yang perlu wujud pada setiap sel bakteria, iaitu membran sel, ribosom dan nukleus. Di samping itu, terdapat juga struktur yang tidak semestinya wujud pada sesuatu bakteria, iaitu flagelum, pilus, kapsul, spora dan vakuol gas. Kewujudan struktur struktur ini pada sesuatu jenis bacteria

2.1 Struktur Luaran Sel Bakteria

2.1.1 Flagelum

Flagelum (atau silium) ialah sejenis unjuran yang terdapat pada permukaan sel bakteria. Fungsi utama flagelum ialah untuk pergerakan sel bakteria. Pada amnya, flagelum berbentuk seperti benang, tetapi struktur sebenarnya struktur ini bentuk heliks. Fungsi utama flagelum ini adalah untuk menggerakkan cecair di sekitaran sel supaya melonjakkan atau memacu sel ke hadapan. Bagi organisma yang tidak motil, pergerakan ini hanya sekadar untuk menggerakkan cecair pada permukaan organisma itu sahaja. Tujuan pergerakan seperti ini mungkin berkait rapat dengan proses osmosis dan pengangkutan aktif bahan bahan dari dalam ke luar sel atau sebaliknya. Maksudnya, cecair pada sekitaran sel itu mestilah diperbaharui setiap masa agar kepekatan solute di dalam sel sentiasa lebih tinggi berbanding sekitaran.

Flagelum pada bakteria dibentuk daripada sejenis protein, iaitu flagelin. Kandungan asid amino dalam flagelin berbeza daripada protein pada sel. Perbezaan ini disebabkan oleh kandungan sulfur dan asid amino aromatik yang rendah berbanding dengan kandungan asid asid aspartik dan asid glutamik yang lebih tinggi. Flagelum bakteria juga merupakan tapak bagi antigen H. Dengan mengggunakan kaedah serologi antigan H ini telah digunakan dalam pengelasan bakteria daripada genus genus tertentu seperti Salmonella.

Secara amnya terdapat dua jenis flagelum, iaitu flagelum kutub dan flagelum tepian. Flagelum kutub ialah flagelum yang terdapat pada bahagian hujung sel bakteria. Flagelum kutub yang terdiri daripada hanya satu flagelum tunggal disebut sebagai flagelum monotrikus seperti yang terdapat pada Pseudomonas aeroginosa. Jika terdapat beberapa flagelum pada satu hujung sel bakteria, maka flagelum itu dikenali sebagai lofotrikus. Contohnya ialah flagelum yang terdapat pada Pseudomonas flourescen. Flagelum amfitrikus pula bermaksud flagelum yang terdapat pada kedua dua hujung sel bakteria seperti dalam Spirillum serpens. Flagellum tepian disebut sebagai flagelum peritrikus seperti yang terdapat dalam Proteus mirabilis.

Flagelum juga terdapat pada mikroorganisma eukariot seperti struktur seks alga, spora kulat motil dan protozoa. Flagelum pada sel eukariot adalah lebih panjang jika dibandingkan dengan yang terdapat pada sel prokariot. Struktur flagelum pada eukariot berbeza daripada yang terdapat pada prokariot.

Flagelum eukariot mengandungi dua gentian pada bahagian tengah dan dikelilingi oleh susunan sembilan pasang gentian pada bahagian luar, ini juga dikenali sebagai struktur gentian 9 + 2. Gentian ini sebenarnya satu tiub yang juga dikenali sebagai mikrotiub. Komponen utama mikrotiub ialah protein yang dinamai tubulin.

Panjang flagelum ialah lebih kurang 200 �m, tetapi silium hanya berukuran 10 �m. Silium biasanya terdapat pada protozoa daripada subfilum Ciliophora atau sebagai organisma siliat.
2.1.2 Pilus dan fimbrium

Pilus dan fimbrium ialah struktur unjuran seperti flagelum, tetapi tidak terlibat dengan pergerakan. Struktur struktur ini lebih pendek dan lebih banyak bilangannya berbanding dengan flagelum. Seperti flagelum, bilangan dan kedudukan fimbrium berbeza dalam bakteria yang berbeza. Misalnya, pada E. coli, struktur ini terdapat pada seluruh permukaan sel, tetapi pada Pseudomonas pula fimbrium hanya terdapat pada bahagian kutub. Panjang struktur ini boleh mencapai 3 �m dan berdiameter antara 5 - 10 nm.

Istilah fimbrium lazim digunakan untuk struktur pilus yang biasa tetapi istilah pilus digunakan khusus untuk pilus yang terlibat dalam pengkonjugatan dan dikenali juga sebagai pilus seks. Terdapat hanya 1 - 2 pilus seks bagi sesuatu sel bakteria. Pilus seks lebih panjang berbanding fimbrium tetapi lebih pendek daripada flagelum. Struktur pilus berlubang di sepanjang bahagian tengah dan melalui lubang inilah bahan-bahan genetik dipindahkan daripada sel penderma kepada sel penerima semasa proses konjugasi. Diameter pilus seks dilaporkan antara 25-30 nm. Pilus terdiri daripada sejenis protein yang dikenali sebagai pilin. Fimbrium dan pilus terdapat pada beberapa jenis bakteria Gram negatif seperti Enterobacteriacea dan spesies Pseudomonas.
2.1.3 Kapsul berlendir

Ada beberapa organisma prokariot yang menghasilkan lendir pada bahagian luar dinding selnya. Struktur yang terbentuk apabila bahan lendir ini disusun secara teratur, disebut sebagai kapsul tetapi apabila sedikit lendir ada, istilah yang digunakan ialah lapisan lendir. Struktur ini juga dikenali sebagai glikokaliks yang membawa maksud bahan mengandungi polisakarida di luar sel, untuk membezakannya dengan polisakarida dalam sel.

Bahan lendir ini terdiri daripada polisakarida, polipeptida atau kompleks polisakarida dan protein. Kapsul juga mengandungi kandungan air yang tinggi dan ini dipercayai dapat membantu menghalang pengeringan sel semasa kekeringan. Kapsul boleh dilihat dengan lebih jelas setelah dilakukan pewarnaan negatif dengan bahan pewarna seperti dakwat India dan nigrosin. Struktur ini berbeza antara bakteria dari segi ketebalan dan bentuknya.

Lazimnya kehadiran kapsul luaran boleh menentukan kepatogenan mikroorganisma kerana kebolehan bahan tersebut menghalang fagositosis oleh perumah. Streptococcus pneumoniae ialah contoh mikroorganisma patogen yang boleh membiak dalam bentuk berkapsul atau tanpa kapsul apabila ditumbuhkan di atas agar agar nutrien.
2.1.4. Dinding Sel

Dinding sel adalah tegar dan menentukan bentuk bakteria. Bentuk dinding sel yang tegar juga berfungsi melindungi protoplas daripada kerosakan oleh tekanan osmosis. Mikroorganisma prokariot yang tiada dinding sel seperti mikroplasma berbentuk sfera atau pleomorfik. Mikroorganisma pleumorfik ini terhindar daripada mengalami kerosakan yang terjadi kerana tekanan osmosis dengan berada dalam perumah yang mempunyai kandungan sitoplasma yang isotonik dengan kandungan sel.

Komponen peptidoglikan

Kandungan utama dinding sel bakteria ialah peptidoglikan. Peptidoglikan memberikan kekuatan mekanikal kepada dinding sel. Lapisan peptidiglikan ini tediri daripada gula dan asid amino yang terjalin secara rapi. Kandungan gula itu terdiri daripada dua jenis, iaitu N asetilglukosamina dan N-asetilmuramik. Kandungan asid amino pula terdiri daripada D-alanina, asid D-glutamik dan sama ada lisin atau asid diaminopimelik (DAP) yang merupakan bahan bahan sambungan peptida. Komponen ini disambungkan berulang ulang sehingga menjadi suatu struktur yang kukuh.

Berdasarkan tindak balas Gram, bakteria boleh dikumpulkan kepada Gram positif (G+) dan Gram negatif (G-). Dinding sel bakteria G lebih kompleks dan mempunyai struktur berlapis lapis. Pada bakteria G-, ikatan kaitan silang tidak banyak didapati, dan dalam kebanyakan kes struktur ini lebih merupakan satu lapisan tunggal yang menjadikan lapisan ini tidak tebal.

Di dalam sel bakteria G+, bilangan ikatan silang pada kumpulan ini terdapat pada kekerapan yang lebih tinggi, khususnya antara D alanina penghujung dengan salah satu asid amino pada rantai tetrapeptida atau dengan asid amino penghujung. Pada Staphylococcus aureus misalnya, ikatan antara dua asid amino ini sangat bayak didapati. Di antara keduanya pula terdapat lima molekul asid amino glisina yang bertindak sebagai jambatan penghubung rantai asid amino. Kaitan silang peptidoglikan berbeza antara spesies spesies bakteria. Dengan memahami komponen struktur dinding sel ini, maka mekanisme pewarnaan Gram akan dapat dijelaskan dengan mudah.

Komponen asid teikoik

Asid teikoik hanya terdapat pada dinding sel G+, asid teikoik mengandungi urutan gliserol fosfat dan ribitol fosfat, gula gula lain dan juga D alanina. Asid teikoik bercas negatif untuk membolehkan dinding sel mengikat ion-ion cas positif, seperti Mg2+. Selain itu bahan ini juga berfungsi untuk mengatur tindak balas enzim autolisis.

Lapisan dinding luar lipopolisakarida

Lipopolisakarida adalah bahagian paling luar dinding sel G-. Selain mengandungi fosfolipid, lapisan lipopolisakarida ini juga mengandungi lipid tambahan (Lipid A), polisakarida dan protein. Struktur kimia komponen ini berbeza antara kumpulan mikrob, tetapi lazimnya mengandungi 5-6 jenis gula.

Komponen polisakarida mengandungi dua bahagian; iaitu O polisakarida (0 antigen) dan bahagian polisakarida teras. Pada Salmonella, bahagian teras mengandungi ketodeoksioktonat, gula 7 karbon (heptosa), glukosa, galaktosa dan N asetilglukosamina. Pada bahagian O pula terdapat galaktosa, glukosa, ramnosa dan manosa (6 karbon) Abequosa. Bahagian O juga dipercayai memberikan ciri kepatogenan kepada sesuatu mikroorganisma. Endotoksin yang terkandung di dalam lapisan ini telah dilaporkan berupaya menimbulkan simptom di dalam perumah yang dijangkiti. Bagaimanapun tidak semua bakteria mempunyai komponen ini.

Pada dinding sel G- terdapat sejenis protein yang dinamai porin. Protein ini terlibat dalam pengangkutan keluar dan masuk molekul molekul kecil (sulfat, fosfat dll.). Dianggarkan terdapat lebih kurang 30 molekul porin pada satu sel. Walaupun tidak spesifik untuk sesuatu molekul tetapi bahan ini berupaya memilih dan membenarkan atau menghalang kemasukan molekul terten�tu. Kerintangan terhadap antibiotik dipercayai ada kaitan dengan porin. Antibiotik seperti penisilin yang bertindak terhadap dinding sel tidak berkesan kepada sel G berbanding dengan sel G+.

Dari segi fungsi, bahagian luar dinding sel merupakan suatu sawar bagi kemasukan bahan bahan dari luar. Sawar ini juga penting untuk mengelakkan peresapan keluar enzim- enzim yang terdapat pada ruang periplasma. Proses pengangkutan mungkin juga melibatkan molekul ATP dan bukannya disebabkan oleh kecerunan proton. Protein pengangkut jenis ini tidak terdapat pada sel G+.

Sintesis subunit dinding sel boleh direncatkan oleh beberapa antibiotik seperti penisilin dan sikloserin. Dinding sel bakteria G+ lebih mudah diuraikan oleh lisozim (enzim lisis) berbanding dengan bakteria G-. Hal ini menjadikan bakteria G- lebih rintang terhadap penisilin dan lisozim.Selain enzim lisis, lisozim juga memerlukan agen agen pengkelatan sebelum berupaya untuk menguraikan dinding sel.

Posted at 07:47 am by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry