Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< August 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Friday, August 28, 2009
Mikrobiologi Asas (3)


                                               Virus

Virus adalah suatu jenis mikroorganisma yang sangat ringkas dan halus. Saiz virus berada pada sekitar 25nm-330nm. Secara perbandingan sainz bakteria ialah pada sekitar 500nm hingga 3000nm (atau 0.5-3.0 nm). Perbandingan saiz organisma unisel yang laian adalah seperti yang di bawaw:

Mikroorganisma Saiz (um)
Virus 0.025 - 0.33
Bakteria 0.5 - 3
Kulat (yis) 10 - 100
Protozoa 5 - 520

Berbeza dengan mikroorganisma yang lain, virus tidak dibentuk sebagai sel. Struktur virus hanya terdiri daripada dua komponen, iaitu nukleik asid dan protein. Nukleik asid berada pada bahagian dalam (teras) dan protein membentuk lapisan luaran bagi melindungi struktur nukliek asid.

Walaupun ringkas, komponen, bentuk dan saiz virus-virus adalah berbeza. Dari segi komponen, virus mungkin terdiri daripada DNA dan protein (virus berDNA) atau RNA dan protein (virus berRNA). Dari segi bentuk pula, virus boleh digulungkan sebagai virus berbentuk memanjang, sfera dan juga kompleks. Dari segi saiz pula, terdapat virus sfera yang kecil, sederhana dan besar. Virus memanjang pula ada virus memenjang yang pendek, sederhana panjang dan sangat panjang.

Walaupun halus dan ringkas, virus boleh menyebabkan penyakit yang teruk pada manusia, haiwan dan juga tumbuhan. Antara penyakit virus yang teruk melanda manusia termasuklah penyakit AIDS, selesema burung, dan SARS.

Viroid

Viroid merupakan satu agen infeksi yang amat ringkas dan terdiri daripada asid nukleik. Ia mula dilaporkan oleh T.O.Diener pada tahun 1960 an ekoran daripada hasil kajian beliau terha�dap penyakit 'potato spindle tuber'(PST) yang menyebabkan pembentukan ubi berbentuk spindle berlaku ke atas kentang. Beliau telah menunjukkan bahawa agen yang menyebabkan penyakit tersebut hanya boleh dimusnahkan oleh enzim yang memusnahkan RNA dan pada tahun 1971, kumpulan beliau menyarankan bahawa agen penyebab penyakit tersebut terdiri daripada RNA. Setahun selepas itu, Joseph Semancik dan kumpulannya, di Universiti California melaporkan agen yang sama sebagai penyebab penyakit pada pokok sitrus. Sekarang terdapat lebih kurang sedozen penyakit yang boleh dikaitkan dengan viroids.

Setakat ini, kajian menunjukkan bahawa viroid terdiri daripada hanya molekul RNA bebenang tunggal, yang mempunyai kurang daripada 400 nukleotida, iaitu satu wujudan yang lebih kecil daripada saiz genom virus. Diener telah membuat saranan bahawa kemungkinan viriod berasal daripada 'intron', iaitu bahagian RNA yang dipotong sebelum RNA pengutus (mRNA) boleh berfungsi. Saranan ini berdasarkan kepada persamaan saiz dan bentuk yang wujud antara viriod dan intron. Manakala Semancik pula berpendapat bahawa viriod ialah gen pengatur kerana ciri penyakit yang disebabkan oleh viriods biasanya ialah gangguan terhadap pertumbuhan pokok.

Walaupun penyakit penyakit yang sudah dikenal pasti disebabkan oleh viriod semuanya terdapat hanya pada tumbuhan sahaja, namun penemuan terbaru yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik di Knoxville, Tennessse, pada tahun 1981, menun�jukkan kewujudan viriods DNA di dalam hamster yang dijangkiti oleh barah limfatik. Penemuan ini, merupakan titik tolak dalam kajian viriod yang selama ini hanya dikaitkan dengan molekul RNA dan penyakit tumbuhan.


Prion

Jika viriods merupakan bahan genetik yang infektif, prion pula merupakan zarah protein yang infektif. Stanley B. Prusiner, seorang pengkaji yang terkemuka dalam kajian prion, telah menunjukkan bahawa prion tahan kepada kepada kesan haba, sinaran dan tindakan kimia yang biasanya menyahaktifkan virus.

Wujudan ini telah ditunjukkan terdiri daripada protein kerana ciri kepekaannya terhadap enzim pengurai protein tetapi tidak peka terhadap enzim nuklease. Faktor faktor ini menunjukkan bahawa prion bukan virus atau viriod dan ini telah banyak menimbulkan persoalan tentang cara prions bereplikasi kerana dogma pusat (central dogma) dalam biologi ialah penwarisan melalui DNA dan RNA.

Pruisiner mencadangkan bahawa prions mengunakan gen gen yang ada dalam haiwan normal dan mengaktifkannya untuk menghasilkan prion dengan banyaknya. Masa ini, cerita tentang prions masih belum selesai lagi, masih banyak yang belum diketahui dan memerlukan kajian yang lebih mendalam. Walau bagaimanapun, terdapat ahli virologi yang menyarankan bahawa prion mungkin merupakan virus yang amat seni yang mempunyai kapsid protein yang amat tumpat yang menyebabkan asid nukleiknya tidak dapat dikesan. Manakala ahli virologi yang lain pula menunggu dengan penuh minat akan kejayaan pemencilan dan pencirian protein prion itu sendiri.

Setakat ini dua penyakit manusia, iaitu kuru dan Jakob Creutzfeldt dan satu penyakit haiwan, iaitu pada kambing biri biri, scrapie, telah ditunjukkan disebabkan oleh prion.


Posted at 05:52 pm by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry