Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< February 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Sunday, February 21, 2010
Kehidupan (11)


Berbakti Tanda Bersyukur

Di dalam Al-Quran, iaitu surah An-Nahlu ayat 18 Allah berfirman (Terjemahannya): Dan jika kamu semua mengira nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menghitungnya satu persatu.

Setiap saat yang berlalu dalam hidup kita, kita telah mengecapi nikmat pemberian Allah. Setiap saat kita menghirup oksigen ke dalam rongga paru-paru semasa kita bernafas. Oksigen yang masuk ke dalam rongga paru-paru akan dipindahkan ke dalam darah. Darah yang mengalir ke setiap ruang di dalam tubuh membawa molekul-molekul itu kepada setiap sel yang ada dalam tubuh kita. Kehadiran bekalan oksigen pada setiap saat membolehkan sel-sel itu melakukan proses metabolisme sel untuk menghasilkan tenaga. Dengan kehadiran tenaga sel-sel itu terus hidup dan berfungsi. Kita pula akan merasai nikmat hidup sihat dan bertenaga untuk menjalankan rutin harian. Penggunaan oksigen di dalam sel akan menghasilakn karbon dioksida. Kehadiran bahan ini di dalam sel-sel akan menyebabkan ketoksikan pada sel secara spesifik dan keseluruhan tubuh secara umum. Tetapi ini tidak berlaku kerana tubuh kita dilengkapkan dengan sistem pembuangan karbon dioksid dari dalam sel sehinggalah dikeluarkan melalui pernafasan di paru-paru. Allah tidak melupakan apa-apa pundalam mencipta manusia supaya manusia dapat hidup dalam keadaan selesa untuk menjalani hidup di dunia.

Apabila kita membuka mata di waktu subuh, terus sahaja kita dapat melihat sekeliling. Kita dapat melihat wajah isteri atau suami atau anak yang tidur di samping kita semalaman. Kita dapat melihat berus gigi kita, sikat kita dan pelbagai lagi item yang kita perlukan untuk memulakan rutin kehidupan hari itu. Bayangkan bagaimana keadaannya dengan orang-orang yang kehilangan penglihatan mereka. Tentu mereka rindu untuk melihat alam sekeliling. Rindu hendak menatap wajah-wajah orang-orang yang tersayang. Seorang artis yang terkenal dan kaya raya dalam tahun-tahun 70 dan 80'han menjawab satu soalan apabila dia ditanya tentang apakah yang dia inginkan (wish) ketika itu. Dia menjawab yang dia hendak (wish) satu sahaja, iaitu hendak melihat wajah anak perempuannya. Insaflah bahawa penglihatan adalah suatu nikmat yang besar bagi manusia. Malangnya, indera ini hanya dianggap sebagai hak mutlak seorang manusia apabila dia lahir ke dunia. Dia lupa atau tidak menyedari bahawa sebenarnya penglihatan adalah nikmat yang dianugerahkan oleh Yang Maha Pencipta.

Satu lagi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, ialah kelapangan hidup. Kelapangan hidup adalah keadaan yang selesa, iaitu keadaan yang membolehkan kita berbuat sesuatu yang kita kehendaki tanpa banyak masalah. Kelapangan hidup mungkin datang dalam bentuk kesihatan badan, wang yang mencukupi dan juga kebebasan dari musibah. Jika kita sihat kita boleh pergi kemana-mana yang kita suka, sedangkan apabila kita sakit kita terpaksa berbaring di atas katil atau berkurung di dalam bilik rumah atau hospital.

Tubuh badan yang sihat, otak yang boleh berfikir, tenaga yang boleh digunakan untuk pergerakan, dapat digunakan untuk melakukan pekerjaan. Dengan bekerja, kita dapat wang dan sumber rezki. Kita menikmati rezki dengan memakannya (makanan), mendiaminya (rumah), menggunakannya untuk perjalanan (Kenderaan). Allah berikan kita pelbagai kemudahan dan keperluan dan Allah tunaikan hajat kita apabila kita meminta sesuatu daripadaNya. Maka kita mestilah sentiasa bersyukur kapadaNya. Tetapi berapa ramaikah orang bersyukur?

Dalam Surah Ibrahim (ayat 34) Allah berfirman (Terjemahannnya): Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu berhajat kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya lemahlah kamu menentukan bilanganya. Sesungguhnya manusia sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

Kita mungkin tidak menghargai kesihatan sebagai nikmat sehingga kita sakit. Bayangkan keadaan orang-orang yang menghadapi ancaman serangan kanser, sedangkan kita masih sihat. Fikirkankan betapa keadaan orang kelilangan penglihatan, sedangkan kita masih dapat melihat. Atau kita tidak menghargai yang kita dapat belajar sehingga sampai ke universiti. Bayangkan berapa ramai orang yang tidak dapat peluang untuk belajar di universiti kerana tidak cukup wang untuk melanjutkan pelajaran, sedangkan kita dapat belajar di universiti daripada guru-guru yang banyak ilmu.

Bersyukurlah dengan nikmat yang diberi walaupun sedikit. Mungkin rezeki yang sedikit itu adalah ujian kepada kita sama ada kita mensyukurinya atau mengkufurinya. Atau ia sekadar pemberian up-front untuk pemberian yang lebih bersar di kemudian hari. Jika kita tiodak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, adakah kita layak untuk menerima pemberian yang lebih besar?

Dalam Surah Ibrahim ayat 7, Allah berfirman yang maksudnya: ... Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu´┐Ż

Kehilangan sesuatu nikmat merupakan musibah bertimpal-timpal bagi seseorang. Umpamanya, seseoarang yang patah kakinya akan kehilangan nikmat kesihatan, nikmat boleh berjalan, nikmat boleh bekerja,nikmat bersukan dan pelbagai nikmat yag lain. Musibah datang dan pergi. Kadang-kadang musibah ditimpakan sebagai ujian. Kita diuji sejauhmana kita betul-betul beriman kepada Allah yang menciptakan kita. Di dalam Al-Quran, Allah mengingatkan kita: Jangan kamu berfikir yang kamu telah beriman sedangkan kamu belum diuji. Jika kita menghitung nikmat ini kita akan bersyukur. Kita belajar supaya tidak terlalu membesarkan musibah sehingga melupakan nikmat-nikmat yang diberi.

Kadang-kadang pula musibah didatangkan sebagai latihan dan sebahagian daripada cara Allah hendak mengurniakan kepada seseorang kemuliaan. Dengan adanya musibah, seseorang itu akan senantiasa mengingati Allah, memohon pertolongannya, menambahkan amalan kebajikan, dan berlatih untuk meningkatkan kesabaran. Lihatlah terjemahan Ayat 90 dari Surah Yusuf di bawah:

... Sesiapa yang bertaqawa dan bersabar, maka Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik.

Menerusi doa yang diluahkan penuh perasaan rendah diri, kita akan menjadikan diri kita seseorang yang disukai oleh Yang Maha Pencita. Dengan memohon doa, kita sebenarnya membesarkan Allah. Kita mengakui Allah Maha Kaya, Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani. Oleh itu, Allah menyukai orang yang sentiasa berdoa kepadaNya. Sebaliknya, Allah murka pada orang yang tidak berdoa, kerana orang tidak berdoa itu boleh disifatkan sebagai mempunyai sifat sombong. Allah membenci orang yang sombong.

Allah mengajar hamba-hambaNya bagaimana caranya untuk berdoa,sama ada melalui ayat-ayat Al-Quran atau melalui ajaran Rasullullah. Salah satunya ialah dengan menyebut nama-nama Allah semasa berdoa seperti yang diterangkan pada Surah Al-Aaraf ayat 180 (terjemahan):

... Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) oleh itu serulah (dan berdoalah) kepadaNya ....

Dan hendaklah kita berdoa terus menerus tanpa berasa puas. Yang lebih penting kita tidak putus asa, kerana sifat putus asa itu adalah sifat yang tidak baik. Dalam surah Yusof ayat 87, Allah menerangkan bahawa berputus asa dengan rahmat Allah itu adalah sifat bagi orang-orang yang tidak beriman.

Berdoa dan berzikir membuat hati seseorang itu menjadi lembut. Apabila seseorang itu hatinya menjadi lembut serta pula senantiasa merendah diri pada Allah, dia akan meneruskan usaha mendekati Yang Maha Pencipta itu. Hatinya menjadi tenang dengan berzikir.

Surah Ar-Raadu ayat 28 (Terjemahan): Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir Allah. Ketahuilah dengan zikir Allah itu, tenang tenteramlah hati mereka.

Dengan wujudnya kelembutan hati seseorang itu sentiasa sahaja ingin menambahkan kebajikan kepada diri, saudara mara dan orang-orang lain. Dia senantiasa sahaja ingin berbuat baik, kerana Allah ada berfirman (terjemahan): .... dan berbuat baiklah seperti Allah berbuat baik kepada kamu...

Untuk berbakti dan berbuat baik, anda sentiasa memikirkan tentang apa sumbangan yang boleh memberikan faedah. Anda sentiasa merancang dengan berbekalkan ilmu yang lengkap. Jika ilmu anda tidak mencukupi, anda perlu belajar. Tuntuklah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat. Sesungguhnya, satu kebaikan yang dilakukan akan mendorong seseorang untuk melakukan kerja-kerja kebajikan yang seterusnya sehinggalah dia pergi menemui Allah. Tidak ada kebahagian yang dicapai selain dari bertemu Allah dengan membawa hati yang sejahtera. Mari kita sama-sama renungkan petikan ayat di bawah:

Surah As-Syuara ayat 89  (Terjemahan):.....kecuali sesiapa yang bertemu dengan Allah dengan membawa hati yang sejahtera....

Wallahu-aalam


Semak posting yang berkaitan:

http://aferiza.wordpress.com/2008/08/08/jiwa-beriman-mensyukuri-nikmat-kehidupan/
http://www.hafizpage.tripod.com/buletin.html



Posted at 10:52 am by ismad

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry