Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< October 2013 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Tuesday, October 22, 2013
Mencari Jodoh XXII-1



Dalam post ini kita bentangkan satu kisah mencari jodoh. Kisah ini rekaan semata-mata. Jika pernah berlaku bila-bila dan di mana-mana, itu hanyalah secara kebetulan sahaja. Kalau belum lagi ada terjadi, janganlah dikiut macam cerita ini.

                                        **************
ZUBAIR MELANGKAH CEPAT. Pada hari kerja, masa untuk makan tengah hari tidaklah panjang. Kalau lambat sampai nanti tak cukup pula masa untuk berbincang. Macam penting juga benda yang hendak dibincang tu. Sebab, bila disuruh cakap dalam telefon, tak mahu pula ayahnya cakap.

"Nak cakap benda ni, kalau tak 'face-to-face' tak jadi." Kaka-kata Encik Burhan pagi tadi membuat dia tertanya-tanya. Penting sangat ke benda yang hendak dibincang tu, sampai kena berdepan baru boleh cakap? Perasaan Zubair bercampur-campur; sekejap rasa dia sangat-sangat nak tahu, sekejap lagi pula, dia rasa risau. Mana tahu kalau-kalau ada yang tak baik telah berlaku. Sesekali timbul pula rasa hairan sebab sebelum ni tak pernah pun dia buat suspens macam ni.

"Tak ada apa yang penting sebenarnya. Cuma saya nak minta kebenaran keluar awal makan tengah hari nanti, pukul dua belas setengah." Berat juga dia hendak membuka mulut macam itu. Tetapi memikirkan pentingnya nak berjumpa dengan ayahnya, dia lakukan juga. Cik Husna mengawasi wajah Zubair seperti ingin membaca fikiran pegawai bawahannya itu. "Baiklah," katanya antara senyum dan tak senyum. "Sebelum meninggalkan pejabat, rekodkan masa keluar dan masa balik dalam buku rekod keluar masuk."

"Baik Cik. Terima kasih, Cik." Zubair senyum, Cik Husna mengangguk. Zubair bangun dan berpaling menuju pintu pejabat Cik Husna. Cik Husna mengiringinya dengan pandangan mata.

Mudah. Tidak banyak soal. Cik Husna tidak ada masalah dengan kerja Zubair. Hasil kerjanya baik. Lagi pula kalau dia keluar atau balik lambat ke pejabat dia akan menggantikan masa itu dengan balik lewat hari itu atau datang lebih awal hari esoknya.

Orang pejabat pula sibuk gosip kata dia ni kesayangan bos. Dalilnya? Bila ada sesuatu yang Cik Husna nak sampaikan dan tekankan tentang disiplin dan kegigihan kerja, dia selalu buat Zubair sebagai contoh.

Zubair pun suka dengan bosnya. Bagaimana orang sebaik dia ini tidak ada seekor kumbang yang sudi menyunting? Selalu Zubair berkata begitu dalam hatinya. Terkadang-kadang terfikr pula dia, "Boleh tak Cik Husna ni kalau aku......". Hmm... Tak kan bolehnya!! Setiap kali idea itu datang, setiap kali pula dia cantas begitu sahaja. Sepantas idea itu datang, sepantas itu pula dia mencurigai keboleh capaiannya.

Dalam pada otaknya sibuk mengulang tayang peristiwa-peristiwa pagi tadi dan hari-hari sebelunya, kaki Zubair sudah menapak di pintu masuk restoran yang dituju. Encik Burhan sudah sedia menantinya. Sesampai di meja Encik Burhan duduk, Zubair mengucapkan salam dan mencium tangan ayahnya. Dia menark kursi dan duduk di sebelah ayahnya.

"Ayah! Ada apa ayah panggil sampai tak boleh nak cakap dalam telefon?" Terus sahaja Zubair kepada pokok pangkal kenapa dia harus minta kebenaran keluar awal dari pejabat tengah hari ini.

"Order makan dulu, baru kita sembang." Encik Burhan menghulurkan menu sambil tersenyum. Dia nampak ceria, 'jovial' aje.

Pelik sikitlah ayah ni hari ini. Zubair membuka menu dan menutupnya kembali dalam masa tak lebih dalam seminit. Dia lebih berminat nak tau apa yang akan keuar dari mulutnya daripada makanan yang dia akan makan."Zu ambil makanan kat buffet ajelah. Kalau oder nanti lambat pula balik pejabat."

Zubair bangun, kemudian menapak ke tempat hidangan buffet. Tidak sampai lima minit dia sudah kembali ke meja ayahnya dengan membawa makanan. Tetapi dalam lima minit itu dia dapat merumuskan bahawa perbincangan nanti tidaklah tentang sesuatu yang buruk. Kalau ayah 'jovial' dan senyum, takkanlah ada malapetaka yang telah menimpa diri ayah, fikirnya.

"Cepatnya pilih makanan." Encik Burhan memulakan bicara setelah Zubair duduk. "Sibuk sangat ke kat pejabat tu?"

"Biasalah ayah..... Kita ni jadi sibuk kalau kita sentiasa semak dan kemaskini fail-fail yang kita ditugaskan jaga. Orang yang tak sibuk tu sebab dia tak ada minat nak buat yang terbaik."

"Kan bagus kalau Zu kerja dengan syarikat ayah. Tak perlulah ayah marah-marah kat orang kat pejabat ayah tu. Kalau tak di suruh tak buat. Kalau buatpun tak bersungguh." Keluh Encik Burhan.

"Insya Allah. Ayah beri Zu masa. Macam Zu selalu kata kat ayah, Zu nak timba pengalaman dulu di tempat lain. Pengalaman sebagai pegawai tadbir tu nanti, insya Allah, membantu Zu dalam mengurus syarikat."



Posted at 11:33 pm by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry