Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< September 2013 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Monday, September 09, 2013
Mencari Jodoh XX


Sesi perkuliahan universiti bagi sesi 2013-2014 akan bermula minggu hadapan. Walaupun begitu terdapat pelajar-pelajar di beberapa universiti atau kolej yang sudah mendaftar. Tahniah semua yang berjaya untuk memasuki univeriti buat pertama kali. Semoga anda  bermula dengan baik dan berakhir dengan lebih baik, insya Allah. Jika anda tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang anda minta dan uiversiti yang anda sukai, tidak semestinya anda  tidak berjaya.  Itulah yang telah dijanjikan kepada anda oleh Allah sebelum anda lahir lagi.  Tahniah juga kepada pelajar-pelajar lama kerana berjaya dalam peperiksaan tahun lepas dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Untuk pelajar-pelajar baru yang tidak diberikan jurusan pengajian yang dipohon, janganlah bersedih. Anda merancang, dan anda memilih yang anda fikir terbaik bagi  diri anda. Tetapi Yang Maha Pencipta lebih mengetahui tentang yang terbaik bagi anda.

Mencari jodoh kali ini merupakan siri ke duapuluh. Harapan saya semoga anda boleh mengambil manfaatnya. Kali ini saya ingin menyenuh tetang akidah. Ya akidah kita sebagai seorang muslim. Dalam mencari jodoh ini janganlah terlalu ghairah sehingga menggadaikan atau mempertaruhkan akidah kita, iaitu akidah ahli sunnah wal jamaah atau dalam kata ringkas sunni.  Akidah adalah pokok asas kehidupan kita di dunia yang fana ini.  Mereka yang tergadai atas iman mereka akan pulang kepada dalam keadaan Allah murka kepada mereka.  Allah menjanjikan yang benar, sedangkan manusia dan syaitan menjanjikan gula-gula yang menyimpangkan mereka dari jalan yang lurus.  Sekarng ini berbagai aliran pegangan yang mengelirukan seperti Syiah dan mutaahnya, Islam libral, orang-orang ynag pura-pura ingin masuk agama Islam dan lain-lain.  Hasrat untuk menyampaikan mesej Islam dengan tujuan untuk mengislamkan mereka, akhirnya terbalik kepada menggelincirkan orang Islam daripada landasan yang lurus.

Orang-orang Islam rata-rata cetek dalam pegetahuannya tentang Islam. Selok-belok fiqah, tauhid, tasawur Islami pun tidak mantap. Membaca Al-Quran mengkin tamat sekali seumur hidup. Mungkin juga setahun sekali dalam bulan Ramadhan. Membaca makna Al-Quran mungkin ada sedikit-sedikit. Membaca tafsir Al-Quran mungkin belum pernah.  Dengan ilmu agama yang cetek ini jangan kita cuba untuk berdebat atau bertukar pendapat dengan orang-orang yang disebutkan di atas. Mereka itu sudah terlatih untuk berdebat dengan anak-anak muda Islam yang ghairah untuk menakluki hati mereka yag hendak dijadikan jodoh itu.  Orang-orang bijaksana telah membuat simpulan bahasa seperti yang berikut :"Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga".

Dari segi hukum pula, adalah dilarang orang lelaki dan perempuan untuk berbincang tentang agama berdua-duaan. Salah langkah serta dorongan syaitan dan hawa nafsu boleh menjerumuskan diri kepada hubungan seks terlarang. Sebenarnya inilah satu daripada tektik orang-orang yang tidak beriman untuk menggoda dan menoda gadis-gadis Islam. Apabila sudah terperangkap gadis-gadis ini putus akal lalu mengikuti orang yang tidak beriman itu kepada agama mereka. Nauzubillahi min zalik. Wahai anak-anak muda yang dikasihi Allah Subhanahu Wataala, ingatlah bahawa orang-orang yang mati dalam dia tidak beriman kepadaNya akan menerima balasan seperti yang difirmankan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam Al-Quran seperti yang berikut:

Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.(Al-Baqarah 2:39)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. (Ali'Imraan 3:91)

Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah ahli neraka.(Al-Maaidah 5:10)

Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal. (At-Taubah 9:68)


Jika anda lelaki hantarlah perempuan itu berjumpa ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan imam-imam yang pakar dalam ilmu agama.  Jika anda perempuan anda mintalah kenalan lelaki atau saudara lelaki anda untuk menghantar lelaki yang belum beriman itu kepada para ulamak dan guru-guru agama seperti yang disebutkan di atas.  Anda tidak boleh melakukan perkara ini sendirian. Banyakkan doa dan belajarlah perbagai aspek-aspek agama sebelum melangkah lebih jauh.  Jika kesukaran untuk pergi belajar di masjid atau di surau, bukalah youtube untuk menonton video oleh ustaz-ustaz seperti ustaz Kariman, ustaz najmi karim, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal, ustaz Dr. Asri dan lain-lain.

Berbalik kepada isu kesesuaian tadi saya ingin mengusulkan point saya dalam beberapa soalan seperti yang berikut::

i. Berapa lamakah tempoh untuk mengetahui kesesuaian itu?

ii. Dapatkah kesesuaian itu diketahui dengan benar dalam masa yang pemastian itu?

iii. Setakat manakah (berapa intimkah) hubungan antara dua manusia yang ingin memastikan kesesuain itu memang benar?

Tapi awas!! Dengar baik-baik senikata (lirik) lagu ini. Jangan sampai terjadi "Daun-Daun Berguguran"

Daun-Daun Berguguran
Nyanyian: Rafeah Buang
Lirik : Rafeah Buang

Desir angin
Daun daun 'guguran
Keheningan malam
Menyayat hati
Langit gelap
Sebagai diriku ini
Yang dirundung malang
Teringat pula
Ditinggalkan aku seorang diri
Dengan seribu kesalan serta malu
Setelah maduku diseri ia menghilang menyepi
Sungguh kejam engkau menipu diriku
Setelah maduku diseri ia menghilang menyepi
Sungguh kejam engkau menipu diriku

http://search.yahoo.com/search?p=daun-daun+berguguran+rafeah+buang&ei=UTF-8&fr=moz35

Insya Allah, dengan izin Allah saya akan kupas persoalan-persoalan di atas degan lebih lanjut.

Wallahu a'alam




Posted at 10:52 am by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry