Gedung Ilmu
Wadah Ilmu & Inspirasi








Ke Gedung Ilmu





Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"








Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Biologi Sel


Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [6] [7] [8] [9] [10]


Imunologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan


Mencari Jodoh

Kita hanya berusaha. Yang menentukannya hanyalah Allah


Mencari Jodoh : A Story

Hanya Rekaan Semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau sudah mati


Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Rencam




JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012
(bacaan counter = 14,913)


Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005





Lagu Terbaik Universiti Tempatan




UNIMAS Gemilang




Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya,Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Rami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....








UKM - Varsiti Kita







UMS - Bertekad Gemilang





Sunday, October 18, 2009
Mikrobiologi Asas (7)


4.0. Jenis-jenis Medium Pertumbuhan

Medium Biasa

Yang digolongkan sebagai medium biasa termasuklah medium yang digunakan secara rutin dan disediakan daripada bahan asli. Contohnya, agar nutrien. Medium biasa digunakan sebagai medium asas atau boleh diperkayakan dengan darah, serum atau bahan bahan lain, untuk menjadikannya medium yang sesuai untuk pertumbuah sejenis mikrob sahaja. Contohnya ialah medium Baird Parker yang selektif bagiStaphyloccus positif koagulase dan medium Bordet Geugon yang selektif untuk Bordetella pertuesis.

Medium tertakrif (Defined Medium)

Medium ini disediakan daripada bahan kimia tulen yang terdiri daripada sumber bahan karbon (seperti glukosa), sumber nitrogen bukan organik (seperti NH4Cl) dan berbagai bagai garam bukan organik. Kadangkala asid amino tertentu perlu ditambahkan bersama-sama dengan faktor pertumbuhan yang lain.

Medium selektif (Selective medium)

Medium ini mengandungi bahan bahan yang boleh merencat kesemua mikroorganisma melainkan beberapa jenis bakteria tertentu.Medium seperti ini memudahkan pemencilan spesies tertentu daripada inokulum tercampur,iaitu inokulum yang mengandungi lebih daripada satu mikroorganisma. Terdapat medium yang dibuat berasaskan keupayaan atau keperluan fisiologi. Contohnya ialah medium medium yang digunakan untuk memencilkan bakteria pengikatan nitrogen, bakteria fotosintesis, bakteria pengoksidaan NH4, bakteria penurunan SO4 dan SO2.


Kandungan Medium pertumbuhan: Unsur-unsur logam major yang penting untuk pertumbuhan bakteria
Unsur Sumber Fungsi
C Sebatian organik, CO2 Kandungan utama bahan sebatian organik
H H2, H2O Kandungan utama bahan sebatian organik
O O2, H2O, CO2 Kandungan utama bahan sebatian organik
N NH4, NO3, N2 Kandungan utama bahan sebatian organik
S SO4, NO3, sulfur organik Juzuk sistein, metionin, tiamin, sebatian pirofosfat


Kandungan Medium pertumbuhan: Unsur-unsur logam minor yang penting untuk pertumbuhan bakteria
Unsur Sumber Fungsi
Zn Zn2+ Terdapat pada alkohol dehidrogenase
Mn Mn2+ Terdapat pada superoksid dismutase
Na Na+ Diperlukan oleh bakteria halofil
Cl Cl- Diperlukan oleh bakteria halofil
Mo MoO42- Terdapat pada nitrat reduktase, nitrogenase
dan formate dehidrogenase
Se SeO32- Terdapat pada formate dehidrogenase
Co Co2+ Terdapat pada enzim yang mengandungi koenzim
Cu Cu2+ erdapat pada oksidase dan oksigenase
W WO42- Terdapat pada format dehidrogenase
Ni Ni2+ Diperlukan untuk pertumbuhan, pengoksid hidrogen



5.0. Faktor-faktor yang mempengaruhui pertumbuhan bakteria>

5.1 Bahan Kimia

Bahan kimia sangat diperlukan sebagai sumber nutrien untuk beberapa keperluan metabolisme sel seperti penjanaan tenaga, sintesis kostituen sel, pengaktifan enzim dan pengaktifan sistem pengangkutan. Untuk hidup, mikroorganisma memerlukan logam yang diperoleh daripada bahan nutrien dalam bentuk kation garam inorganik.

Bahan nutrien adalah sumber utama untuk tenaga. Bentuk tenaga yang tersimpan di dalam sel hidupan ialah ATP. Walaupun sumber tenaga boleh diperolehi daripada berbagai sumber tetapi tidak semua sumber itu boleh digunakan. Tambahan pula mikroorganisma berlai�nan mungkin menggunakan bahan nutrien yang berlainan sebagai sumber tenaga masing masing. Mikrorganisma yang menggunakan bahan kimia sebagai sumber tenaga disebut sebagai mikroorganisma kemotrof. Sumber fizikal yang digunakan sebagai sumber tenaga ialah cahaya matahari dan mikroorganisma yang menggunakan bahan ini sebagai sumber tenaga disebut fototrof.

Selain itu, bahan kimia juga boleh bertindak sebagai sebatian antimikrob, iaitu bahan pemusnah atau perencat pertumbuhan mikroorganisma. Contohnya, glukosa apabila digunakan pada kepe�katan rendah, iaitu kurang daripada 4% merupakan bahan nutrien yang sangat diperlukan oleh mikroorganisma sebagai sumber karbon. Tetapi jika digunakan pada kepekatan 20-40%, bahan tersebut boleh merencat pertumbuhan bakteria. Begitu juga dengan garam (NaCl) yang diperlukan pada kepekatan yang sangat rendah, iaitu pada sekitar 0.8%. Sebaliknya, pada kepekatan yang tinggi, iaitu 5-10%, bahan tersebut digunakan sebagai bahan pengawet makanan. Penghalangan pertumbuhan mikroorganisma dengan perlakuan natrium klorida pada kepekatan yang tinggi, mungkin berlaku melalui mekanisme plasmolisis sel. Hanya spora bakteria sahaja yang boleh memandiri dalam keadaan tersebut.

Tindakan sesuatu bahan kimia terhadap sesuatu mikroorganisma mungkin berlainan dengan tindakannya terhadap mikrorganisma yang lain. Umpamanya terdapat bahan kimia yang bertindak sebagai perencat kepada sesuatu mikrorganisma, tetapi menjadi satu bahan nutrien kepada mikrorganisma yang lain. Contohnya, fenol adalah bahan penyahkuman yang kuat dan digunakan untuk mencuci permukaan yang tercemar oleh mikrorganima. Tetapi bahan ini boleh digunakan oleh mikroorganisma seperti Rhodosporium palustris sebagai satu bahan nutrien. Di samping itu terdapat juga bahan bahan kimia yang tidak membawa sebarang perubahan seperti gel silika ataupun agar agar yang digunakan untuk membekukan bahan nutrein semasa penyediaan medium pertumbuhan.

Bahan bahan kimia mungkin juga digunakan sebagai faktor pertumbuhan growth factos). Terdapat beberapa sebatian organik tambahan yang diperlukan oleh bakteria untuk pertumbuhan. Bakteria bakteria yang tidak memerlukan penambahan faktor pertumbuhan di dalam medium, seperti E. coli mungkin berupaya mensintesis bahan bahan tersebut daripada unsur unsur atau bahan bahan yang lebih ringkas. Faktor pertumbuhan hanya diperlukan untuk keperluan biosintesis tertentu dan dalam kuantiti yang kecil. Jenis dan kuantiti serta bilangan faktor pertumbuhan yang diperlukan bergantung kepada jenis bakteria. Terdapat tiga jenis faktor pertumbuhan, iaitu asid asid amino, vitamin dan nukleotid. Asid asid amino diperlukan untuk sintesis protein. Vitamin dan bahan bahan yang berkaitan adalah penting untuk pengaktifan beberapa enzim yang diperlukan untuk biosintesis. Nukleotid, iaitu purina dan pirimidina diperlukan dalam sintesis asid nukleik.

5.2 Air dan Aktiviti Air

Air adalah suatu bahan penting untuk mikroorganisma dan ia merupakan 80 90% daripada berat sel mikrob. Manakala aktiviti air pula merujuk kepada ialah kandungan air yang bebas ataupun yang terdapat dalam sesuatu substrat. Ungkapan untuk aktiviti air ialah aW dan julatnya ialah antara 0 1.0. Nilai aW 1.0 adalah yang terbaik. Nilai aw disukar dengan cara

Walaupun sesuatu bahan mempunyai kandungan air yang tinggi, tidak semua air itu terdapat dalam keadaan bebas untuk kegunaan mikrob, kerana air itu mungkin berada dalam bentuk terlarut kerana telahpun diserap oleh bahan larut. Sebagai contoh, jika di ambil 100 ml air dan dimasukkan sukrosa ke dalamnya pada kepekatan yang berbeza, maka aktiviti air juga akan berubah. Jika dimasukkan 0.92 g ke dalam 100 ml air maka aW adalah 0.995 tetapi apabila dimasukkan 6.5 g, aW adalah 0.960 dan di dalam keadaan tepu (20.5 g) aW meyusut sehingga 0.850.

Mikroorganisma boleh hidup pada nilai aW antara 0.96 0.63, Pada amnya bakteria memerlukan nilai aW yang tinggi, iaitu antara 0.99 0.93. Bagaimanapun terdapat perbezaan antara bakteria dari segi keperluan ini. Contohnya, bakteria-bakteria Escherichia, Clostridium dan Pseudomonas didapati sukar untuk ditumbuhkan pada aW kurang daripada 0.95. Manakala bakteria kumpulan stafilokokus pula boleh tumbuh sehingga aW ca. 0.87. Sebaliknya kumpulan bakteria halofil boleh hidup pada nilai aW 0.75.

Yis dan kulat mempunyai julat AW yang lebih rendah, iaitu antara 0.92 0.88. Bahkan terdapat yis tertentu, misalnya Sacchromyces rouxii, yang boleh hidup pada nilai minimum aW ca. 0.65. Mikroorganisma yang boleh hidup pada keadaan optimum pada nilai aW rendah disebut sebagai mikroorganisma osmofilik . Beberapa kulat berfilamen seperti Aspergillus dan Penicillium memerlukan nilai aWyang minimum 0.80 tetapi spesies spesies Mucor pula pada aW 0.90. Alga pula pada amnya memerlu aW sebanyak 0.95.

Walaupun kebanyakan mikrob akan mati pada nilai aw 6.0 6.5 ada juga yang dapat tahan kekeringan (nilai rendah aW). Keupayaan ini mempunyai aw rendah kaitannya dengan morfologi sesuatu organisma. Treponema pallidum (agen penyebab sifilis) misalnya mempunyai dinding sel yang nipis dan struktur selnya juga nipis dan ia sensitif terhadap kekeringan jika dibanding dengan Mycobacterium tuberculosis yang lebih rintang terhadap kekeringan oleh kerana dinding selnya tebal dan mengandungi lipid. Spora juga rintang terhadap kekeringan.

 Oleh itu, pertumbuhan mikrob boleh dihalang dengan mengurangkan nilai aW dalam sumber makanan (substrat). Penambahan sukrosa dalam bentuk sirup pada bahan makanan  yang dibotolkan atau ditinkan  menurunkan nilai aW dan seterusnya mengurangkan kadar kontaminasi. Walau bagaimanapun beberapa yis dan kulat masih berupaya tumbuh pada kepekatan sukrosa yang tinggi itu. Untuk mengatasi kontaminasi dari yis dan kulat ini beberapa parameter perlu diubahsuai. Contohnya, untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kulat ini, kemasukan udara boleh dikawal melalui penggunaan` vacumn lid' seperti yang dilakukan semasa membotolkan jem. Dalam proses ini, udara disedut keluar terlebih dahulu sebelum ditutup tudungnya. Nilai aW juga boleh dikurangkan melalui beberapa kaedah lain seperti penyejatan (susu tepong), penambahan garam (ikan masin) dan penyejuk beku kering untuk penyimpanan kopi.

Di kawasan yang mempunyai kelembapan relatif agak tinggi, iaitu melebihi 85% seperti yang terdapat di Malaysia, nilai aW juga agak tinggi. Keadaan ini sesuai untuk kulat tumbuh pada barang-barang berharga seperti barangan diperbuat dari kulit, buku, pakaian,  kanta kamera dan juga pada bahan makanan. Hasil keluaran pertanian seperti padi dan gandum perlu disimpan di dalam gudang pada kelembapan yang rendah untuk menghalang pertumbuhan kulat kulat perosak.


Posted at 06:26 pm by ismad
 

Previous Entry Home Next Entry