Ke Gedung Ilmu
Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam
sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:
Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"
Formula Menuntut Ilmu
- Mesti wujudkan minat yang mendalam
- Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
- Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang
dipelajari
- Hormat guru semoga dapat berkat
- Korban masa dan tenaga
- Korban wang ringgit
Tip-tip Belajar Cemerlang
Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya
Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati
- Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.
Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem
fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah
kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.
Wallahu aalam
My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu
JALAN-JALAN CARI RESIPI
EDUCATIONAL
LINKS & INFORMATION
Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal
Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Mula April 2008
Terkenang
Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita Kita
terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat
padanya Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput
dari genggaman Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika
sesuatu yang luput itu dipunyai Pejamkan mata, tergambar indahnya
suasana dialam maya Namun fikiran waras kita kerap melebihi
angan-angan Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa
lampau Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat
yang sama Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun
berubah juga, kekadang tiada Jadi, mengapakah kita masih mahu
mengenang perkara yang lepas itu? Mengapakah tidak terlintas di
hati untuk mengenang masa-masa mendatang? Hmmm.... bolehkah kita
mengenang sesuatu yang belum berlaku?
Ogos
2008
Bahtera di lautan bergelora
Bahtera belayar
di lautan bergelora duapuluh lima nakhoda silih
berganti mengemudi bahtera di paksi yang satu berzaman lamanya
pada arahtuju yang lurus persis pada titian siratal mustaqim
Walau dilambung gelombang setingi gunung walau dipukul
ribut taufan yang meranap segala walau diserang berjuta naga dan
jerung yang ganas walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang
bernyawa namun bahtera tetap pada paksinya itu
Ramai sudah
pelayar yang kecundang mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk
daif mereka yang terjun memilih fatamorgana tertipu dek
gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa dilengkapi keselesaan
dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang
sementara tanpa ketakutan dan keputusan bekalan hanya belayar
di lautan tanpa tujuan hakiki besarnya kapal menjadi
ukuran tidak mungkin karam sampai bila-bila
Wahai penghuni
bahtera ini yang datangnya dagang perginya pun dagang singgah
sementara di alam buana yang fana inilah wadah pelayaran yang
hakiki jangan terhina dengan daifnya bahtera ini yakinkan diri
pada lurus arahtujunya melalui perjalanan dengan matlamat yang
jelas semoga tiba dipenghujung alam dengan berbekalkan hati
yang sejahtera bertemu dengan yang Maha
Pencipta
Mula 2 Februari 2009
Genap 3 tahun pada 2 Februari 2012 (bacaan counter = 14,913)
Senyuman Yang Indah
Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari
10 Disember 2001
Mencari Erti Hidup
Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!
Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri
Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya
2005
Lagu Terbaik Universiti Tempatan
UNIMAS Gemilang
|
UKM -
Varsiti Kita
UMS - Bertekad Gemilang
|
 |
Saturday, July 18, 2020
Air Bersih lagi membersihkan Suci dan mensucikan Mengikis kotoran dan najis polar bersendirian Mengikis kotoran bukan polar dengan bantuan penyerak Daripada permukaan dan dalaman Itulah air Asas kebersihan dan kesucian
Air Turun dari langit sebagai hujan Asal dari permukaan paya, sungai dan lautan Diwapkan dan dijadikan awan Turun ke bumi menghidupkan dan menyuburkan Haiwan, tumbuhan dan segala hidupan Itulah air Asas kehidupan dan kesuburan
Air Mengalir dari hulu ke muara sungai Dengan arus yang deras atau perlahan Disekat ampangan dan dikawal laluan Menghasilkan elektrik yang memancarkan cahaya Juga tenaga yang menjalankan alat jentara Itulah air Asas keperluan dan keselesaan
Air Sungguhpun ianya teramat penting Sungguhpun ianya menghilangkan kehausan Namun ada manusia yang gelojoh Mereka yang merosakkan alam sekitar Mencemarkan segenap badan air Baik di kolam, di sawah, di paya, di suangi dan di lautan Itulah air Tidak dihargai selagi ada
Air
Cair tetapi boleh dibeku dan diwapkan
Sebatian yang ringkas tetapi stabil
Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen
Boleh melarutkan pelbagai sebatian polar
Bagi kegunaan keseluruhan hidupan
Itulah air
Asas kepada pembinaan sebatian stabil
Air
Pengganti minyak petroleum yang akan pupus
Dengan teknologi moden dan terkini
Sumber tenaga baru
Yang bersih dan dan selamat
Yang banyak dan percuma
Itulah air
Sumber tenaga baru akan datang
Air
Anugerah dari Tuhan
Sumber utama kehidupan
Janganlah dicemari dan persiakan Hargailah dan peliharalah air
Bangunkanlah teknologi baru tenaga
Sebagai sumber baru ekonomi negara
Senjata baru keselamatan Negara
Itulah air
Bahan kajian untuk saintis muda Ismad 24.11.2001
Posted at 12:33 pm by ismad
Permalink
Wednesday, February 12, 2020
Setiap insan yang lahir ke dunia ini telah diberitahu tentang tiga perkara, iaitu Tuhannya, rezkinya dan ajalnya. Tetapi setelah dilahirkan dan menjadi orang yang sempurna jasmani, rohani dan aqal fikiran, maka lupa akan tiga perkara tersebut. Mereka kufur dan degil pada Tuhahnya. Mereka menggunakan hampir keseluruhan masa dan tenaga untuk mencari kekayaan dan hiburan dan mereka lupa akan kematian yang bagaikan di hujung rambut sahaja. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Mati ialah satu keadaan di mana sesuatu benda yang hidup di atas muka bumi ini tidak lagi berfungsi. Maksudnya, dia tidak lagi boleh bernafas, tidak boleh makan, tidak boleh bergerak dan lain-lainnya. Satu pokok yang mati akan jadi layu dan kering. Satu ekor haiwan yang mati akna mengalami kehancuran tubuh dan menjadi busuk. Maanusia yang mati teru ditanam pada hari kematiannya.
Kematian memisahkan seseorang dari dunianya. Segala yang dimilikinya tetkala hidup ditinggalkan kepada pewaris. Hilanglah keseronokan yang dikecap bagi seseorang yang kaya dan berharta. Perpisahan dengan harta yang dikumpulkan seumur hidup sangat dirasai kerugiannya. Mati tidak mengenal usia. Bukan umur yang semesti menentukan siapa yang akan mati dahulu. Malah kebelakangan ini semakin ramai orang-orang muda yang pergi terlebih dahulu dari ibu bapa. Ingatlah tentang kematian walaupun anda masih muda. Menjadilah orang-orang muda yang berimam dan bertaqwa.
Sebahagian besar manusia percaya bahawa ada kehidupan lain selepas mati. Kehidupan selepas mati dari dunia boleh jadi bahagia atau sanngsara. Kebahagiaan yang bakal dialami, berganda-ganda bahagianya. Sementara kesangsaraan yang bakal dialami berganda-ganda pula kesangsaraannya. Semua orang merasakan agama yang dianuti, membawa mereka kepada kebahagiaan selepas mati, dan kesangsaraan adalah untuk orang-orang yang melanggar hukum-hukum agama mereka, dan juga orang-orang yang menganut agama lain atau tidak beragama.
Agama dinilai dari Kitabnya. Secara umum Kitab yang tidak bercangggah dengan hukum alam adalah logik dan mudah diterima akal. Ketiadaan percanggahan fakta dalam keseluruhan kandungan Kitab menunjukkan Kitab itu bukan tulisan manusia. Maka memilih agama untuk dianuti adalah asas kepada tercapainya kebahagiaan selepas maninggalkan dunia
Islam adalah agama yang dianuti oleh semua para Nabi dan Rasul dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Pada masa sekarang bilangan orang Islam dianggarkan seramai 1.5 hingga 2 bilion dari 7 bilian penduduk dunia. Dari jumlah yang ramai itu, hanya peratusan yang kecil yang betul-betul mengamalkan agama dengan sempurna. Orang-orang inilah yang takut kepada kematian. Mereka bukan takut mati kerana kehilangan keseronokan dunia. Mereka bukan takut mati kerana kesakitan yang amat dahsyat ketika mati. Tetapi mereka takut kalau-kalau amalan-amalan mereka tidak diterima oleh Allah. dan selepas mati nanti mereka berada dalam keadaan kesengsaraan buat selama-lamanya.
Posted at 01:18 am by ismad
Permalink
Thursday, September 07, 2017
“DATANG
SEORANG SAHAJA?”
“Datang seorang. Zubairpun datang seorang
juga?”
“Saya memang
setiap kali datang seorang. Sampai sini baru berkumpul dengan member-member
lain.”
“Duduklah.
Sekejap lagi dia orang sampailah tu.”
Zubair menarik kerusi
dan duduk berhadapan dengan Natasya. “Saya tak pula confirm dengan dia orang sebelum singgah kat sini dari pejabat.”
“Saya dah hantar
WhatsApp, Min kata dia jadi main. Yang
lain tak tahulah. Saya jangka kalau Min datang yang lainpun datang juga.”
Ting
Zubair menyemak
telefon yang berdeting. “Eril kata dia dan Rosy datang lewat sikit. Ada hal.
Dia kata yang dah ada kat sini mainlah dulu.”
Natasya
menyambut telefon yang diunjuk oleh Zubair dan membaca mesej dari Khairil. Kemudian
dia menilik jam di tangan. Dia menoleh ke skrin di dewan bowling. “Dah ada
lorong kosong.”
“Nak tunggu dia
orang ke, nak main dulu?” Soal Zubair,
walaupun dia boleh meneka jawapannya.
“Ikut
Zubairlah.” Jawab Natasya, berbasa-basi. Tangannya pula dihulur memulangkan
telefon bimbit Zubair.
Bagi kedua-dua
yang baru kenal itu, setiap kata dan gerak-geri tersusun rapi. Sudah faham
bahawa “first impression” itu tidak
dirakam oleh mata, tetapi dirakanm oleh hati. Mereka bertemu bukan nak
main-main atau suka-suka, tetapi untuk tujuan murni, iaitu membangun sebuah masjid.
Jadi, walaupun berhati-hati, tetapi
semua kata dan lakuan terbit dari hati yang suci. Suci dari intention ke arah yang dikeji.
“Jom.” Zubair bangun
dan menapak ke kaunter. Natasya mengikuti di belakang.
“Lorong lima
kosong.” Beritahu penjaga kaunter.
“Lorong lima.”
Ualang Zubair, matnya mencari lorong yang dia sebut.
“Situ.” Natasya
menyampuk ringkas, jarinya menuding ke arah lorong lima.
Papan skor
mempamerkan Zubair sebagai pemain satu dan Natasya pemain dua. Jadi, Zubairlah
yang kena baling bola dulu. “Dah sedia?”
“Dah. Mulalah.”
Permainan agak
hebat dengan kedua-dua berjaya menjatuhkan sepuluh pin sebayak dua kali dalam
lima pusingan. Seronok jadinya apabila dua-dua pemain sama taraf. Puji-memuji apabila dapat memungut mata tinggi.
Pujian keluar secara spontan. Apaila
seronok bermain siapa menang, siapa kalah tidak jadi masalah. Tetapi Zubair,
bertolak ansur. Game pertama dia
menang, game kedua pula dia kalah,
dan seterusnya. Pada game kelima, Natasya bermain dengan cemerlang. Zubair akur dengan kelebihan teknik spin
Natasya.
“Nak main lagi
ke, atau dah cukup?” Zubair mengutarakan
cadangan. Perasan Natasya mula tercungap-cungap.
“Kita rehat,
boleh?” Macam orang mengantuk disurung
bantal.
Posted at 11:26 pm by ismad
Permalink
Sunday, November 20, 2016
Apakah tujuan hidup kita? Apa maksud hidup kita? Apa matlamat hidup kita?
Soalan berbeza, jawapan mungkin sama atau berlainan. Mahu jadi orang berjaya. Secara umum mumgkin ini jawapannya. Tetapi dipersoal pula demikian - berjaya dalam bentuk apa? Kerjaya, hidup selesa, kaya raya.
Bagaimana ya? Bagi saya, jawapannya haruslah dipandang dari segi agama. Apa Allah firmankan dalam Al-Quran dan panduan dari hadith Rasullullah SAW. Diringkaskan, Allah tegaskan: Dan tidak Aku aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada Ku.
Jadi, maksud, matlamat, tujuan hidup kita ialah menjadi hamba Allah, iaitu hanya menyembah Allah.
Bagaimana kita hendak menjadi hamba Allah? Kita ikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulnya Nabi Muhammad SAW. Hanya ďengan mengikut Nabi sahaja kita akan berada pada landasan yang benar dan betjaya untuk mencapai matlamat menjadi hamba kepada Pencipta kita.
Imam Al-Ghazali menklasifikalikan amalan2 yg diajar plej Rasullullah ini ke dalam 10 jenis ibafat, iaitu :
1. Solat
2. Zakat
3. Puasa
4. Haji
5. Membaca Al-Quran (termasuk menghadal, memahami, tadabbur dan menganalkan)
6. Zikrullah
7. Berurusan dengan manusia mengikut syariah
8. Memenuhi hak dan kewajipan terhadap makhluk
9. Berdakwah dan amar maaruf dan nahi-munkar
10. Mengamalkan sunah-sunah Nabi SAW dalam seluruh kehidupan.
Berapakah daripada sepuluh perkara yang tersenarai di atas yang kita amalkan secara konsistan (istiqamah)? Apabila kita dapati kelemah dan kekurangan dalam amalan-amalan kita, kita perbetulkan segera. Gunakan masa yang masa ada untuk beristitighfar dan bertaubat atas kelalaian kita. Kita tingkatka amalan kita dalam semua kategori yang disenaraikan itu dari segi kualitinya dan kuantitinya.
Posted at 09:19 am by ismad
Permalink
Friday, November 18, 2016
Dakwah dan Tabligh Apa maksud dakwah dan tabligh?
Dakwah dalam Islam secara umum ditujukan kepada frasa dakwah kepada Allah, iaitu mengajak manusia kepada Allah.
Tabligh pula bererti menyampaikan, iaitu menyampaikan risalah-risalah agama kepada manusia.
Posted at 08:28 am by ismad
Permalink
Thursday, February 18, 2016
Jawapan Tutorial Imunologi 2
Soalan: Dalam proses pematangan (maturation) limfosit B, gen-gen antibodi menjalani penyusunan semula (rearrangement) bagi menjana kepelbagaian antibodi (antibody diversity). Apa tujuan penjanaan kepelbagaian antibodi?
Jawapan:
(Rujuk nota imunologi 10)
Manusia dan haiwan dibekalkan dengan mekanisma untuk mlindungi diri daripada jangkitan mikrob patogen yang berpotensi untuk emenginfeksi tubuh badan mereka.
Setiap mikrob sama ada virus, bakteria dan parasit mengandungi protein-protein yang antigenik yang boleh merangsang pembentukan antibodi di dalam tubuh badan indalam individu yang dijangkiti, Bilangan protein antigen di dalam sesuatu mikrob berbeza dari satu dalam virus yang sangat kecil kepada beratus-ratus dalam parasit yang besar. Dengan bilangan mikrob yang berastus ribu, maka berkemungkinan ada terdapat berbilion jenis protein antigenik yang wujud di dalam dunia.
Maka setiap induividu (manusia dan haiwan) perlu berupaya membentuk antibodi terhadap setiap mikrob patogen dan setiap protein antigenik yang berpotensi untuk memasuki tubuh badan.
Dalam kata lain setiap individu perlu mempunyai keupayaan untuk menjana berbilion jenis antibodi yang dapat "melawan" setiap protein antigenik dari maikrob yang berpotensi untuk menjadi asbab kepada kemudaratan pada individu.
Jika tubuh badan memerlukan satu gen antibodi untuk setiap protein antigenik dari mikrob, maka setiap individu memerlukan berbilion gen antibodi dalam kromosom. Ini bermakna kromosom menjadi terlalu besar.
Tetapi ini tidak berlaku kerana Allah mengujudkan satu mekanisma yang disebut sebagai "mekanisma penjanaan kepelbagaian antibodi". Mekanisma ini dapat diwujudkan melalui:
1. Struktur gen-gen antibodi yang unik (berbeza dengan gen=gen yang lain).
• Sekuen DNA imunoglobulin tidak boleh diekspreskan secara terus seperti gen-gen lain {bkan gen-gen imunoglobulin} • Terdiri daripada "gene segment" yang dibahagikan kepada kumpulan gen V, D, J, & C. Pada rantai kappa terdapat lebih kurang 40 ekson berbeza untuk bahagian V rantai k, 5 ekson untuk segmen J dan ekson tunggal untuk bahagian C. Ekson V mengkod 95 asid amino pertama bahagian V, dan ekson J membawa kod untuk 13 asid amino berikutnya. Jumlah asid amino yang dikodkan oleh ekson V dan J ialah lebih kurang 108. Jika anda masih ingat, panjang bahagian bervariasi rantai imunoglobulin ialah lebih kurang 110 asid amino.
Dalam rantai lamda pula, bagi manusia terdapat 40 gen Vl (dibaca V lamda) dan 4 gen Jl. (dibaca J lamda). Setiap satu gen Jl mempunyai satu gen Ck • Setiap kumpulan gen tediri daripada bilangan yang berbeza. Hanya satu gen daripada setiap kumpulan dipilih untuk diekspreskan. 2. Penyusunan semula gen imunoglobulin dengan matlamat untuk menghasilkan kombinasi gen-gen (V, D, J, & C) yang berbeza-beza. Soalan:
Dengan menggunakan gambarajah, perihalkan urutan proses penyusunan semula gen-gen antibodi (describe the sequence of antibody gene rearrangement process)
Jawapan:
Semak nota.imunologi 10
Posted at 01:40 am by ismad
Permalink
Wednesday, November 04, 2015
Soalan: Dalam proses pematangan (maturation) limfosit B, gen-gen antibodi menjalani penyusunan semula (rearrangement) bagi menjana kepelbagaian antibodi (antibody diversity). Apa tujuan penjanaan kepelbagaian antibodi? Dengan menggunakan gambarajah, perihalkan urutan proses penyusunan semula gen-gen antibodi (describe the sequence of antibody gene rearrangement process)
Cuba jawab soalan ini.
Posted at 10:50 pm by ismad
Permalink
Saturday, September 05, 2015
Soalan: Terangkan dengan jelas imuniti semulajadi aktif? Jawapan: Mula-mula kita pergi pada perkara asas dalam imunologi, iaitu menerangkan tentang jenis-jenis keimunan (immunity). Kadang-kadang ia di sebut jenis-jenis pertahanan badan (Body defence) Keimunan/Pertahanan badan - Innate/semula jadi: (Pertahanan tidak spesifik)
- External defense (pertahanan luaran)
- Kulit
- peluh
- bahan cecair hidung
- Internal defence (pertahanan dalaman)
- sel-sel fagosit
- bahan larut (eg. interferon)
- Adaptive/ adaftif (acquired/diperoleh) (Pertahanan spesifik)
- Humoral immunity (perantaraan sel B dan antibodi)
- Cell-mediated immunity (perantaraan sel T)
- Pertahanan spesifik boleh diperolehi oleh setiap individu melalui dua cara:
- Natural immunity (Imuniti diperolihi secara semula jadi)
- aktif (jangkitan oleh penyakit)
- pasif (antibodi dari ibu ke pada anak; kolostorum)
- Artificial immunity (immuniti diperolihi secara suntikan vaksin)
- aktif (suntik dengan vaksin)
- pasif (antibodi yang diambil dari darah orang lain, ditulenkan dan kemudian diberi kepada seseorang yang memerlukan antibodi itu).
- Beri perhatian kepada perkataan "semula jadi". Istilah ini mengelirukan kerana boleh digunakan pada dua peringakan pengkelasan yang berbeza. Gunakan bersama (dalam braket) istilah dalam bahasa Inggeris apabila menggunakan istilah tersebut.
- Contoh keimunan semulajadi aktif:
- Seseorang yang dijangkiti virus akan membina antibodi dalam badan dia. Antibodi ini bartindak memusnahkan virus yang ada di dalam badan. Apabila sembuh individu itu akan terus jadi imun kepada virus yang sama untuk tempoh beberapa lama.
- Kesannya sama dengan sutikan vaksin
Posted at 01:01 pm by ismad
Permalink
Friday, April 03, 2015
BAB-23 "Assalamualaikum." "Waalaikum salam. Cik Zunairah apa khabar?" "Alhamdulillah, baik. Encik Zubair call saya tadi? "Ya, saya ada call. Tapi masuk box aje." "Ooooo maaflah, Saya bubuh silence, sebab ada kelas." "Kelas? Kan dah habis. Kata konvo bulan Oktober ni!" "Bukan kelas macam tu lah. Ini kelas jenis lain.” "Kelas jenis lain! Kelas apa tu?" "Encik Zubair jangan gelak tau." "Ok. Dengan syarat, tak lawak." "Kelas memasak." "Kah kah kah. Main-main ya?" "Betul.... Bila cakap, saya serius tau!" "Ia ke..... Baguslah. Beruntung suami Cik Zunairah nanti. Hari-hari boleh makan sedap..... dan banyak!" "Maaf. Salah rumusan. Ini kelas masakan seimbang low calory."
Posted at 08:54 am by ismad
Permalink
Wednesday, January 28, 2015
"Beginilah Kak. Biar Has ceritakan dari awal lagi. Has harap Akak kenal Has dan faham perasaan Has." Husna mengangguk dua kali diikuti oleh senyuman nipis. "Has anak ketiga dari lima orang adik-beradik. Ayah dan emak Has orang ushawan. Abang dan kakak kerja dengan syarikat ayah dan emak. Has pula nak ambil pengalaman di tempat lain dahulu sebelum join dia orang tu. Tapi selepas bekerja dengan Encik Burhan ni Has rasa Has nak terus bekerja dengan dia." Senggang. Haslina memberi peluang jika Husna ada sesuatu soalan atau pandangan. Ternyata tidak ada yang keluar dari mulutnya.Berhati-hati. Ibarat: terlajak sampan boleh diundur, terlajak kata burk padahnya. Biar dia habis dulu...resmi orang yang bijak. Ada falsafah juga Husni ni, sempat dia berfikir begitu. "Tadi Has ada tanya akak, pernah tak akak suka seseorang? Akak pulangkan soalan tu balik pada Has." Senggang. Husna memandang tepat pada mata Haslina. Haslinapun begitu. Tanda ikhlas? Secara teorinya orang tak ikhlas, apabila ditenung matanya dia cuba melarikan pandangan ke tempat lain. Tapi Haslina tidak. Ada ketenangan dalam matanya. "Akak, Encik Burhan inilah lelaki pertama yang perasaan Has, apabila ia hinggap dalam hati, Has tak nak ia luntur. Kalau perasaan itu semakin hari semakin menyubur, Has tak akan cuba menyiramnya denga air sejuk. Yang Has rasa pelik sebelum ini, Has tak pernah layan perasaan Has terhadap seorang lelaki pun.” Husna mendengar dengan teliti. Mahu saja dia bertanya: “Kenapa nak cerita hal peribadi ni dengan akak? Kenapa dengan orang lain tak mahu beri respons?" Tetapi perasaanya yang masih dibaluti sedikit rasa sangsi, menahan soalan-soalan itu keluar dari mindanya. Bukannya mudah hendak membawa gelombang perasaan menjadi sejajar dengan perasaan seorang yang dianggap pesaing! Husna menelan air lior. “Akak mesti nak tnaya kenapa Has nak cerita hal peribadi Has dengan akak." Husna tersentak. Dia menelan air lior lagi. Haslina menjamah tangan Husna di atas meja. "Kak Husna!" Husna mengagguk. Haslina memandang keliling. Dia menarik tangannya dari tangan Husna, takut nanti ada pelanggan sebelah meja yang perasan. Dalam setengah jam juga mereka berdua berdialog hati ke hati. Pertemuan berakhir dengan perasaan yang bercampur baur. Memanglah adat hidup di dunia, tiada kebaikan dan kesenangan yang diperoleh tanpa melalui cabaran.
Posted at 11:48 am by ismad
Permalink
|